Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang, sudah pasti telah buka sedikit ruang keterujaan dalam hati umat Islam di Malaysia. Namun, dalam masa yang sama, rakyat juga sedang bergelut dengan wabak Covid-19. Lantaran itu, ramai yang terkesan terutama dari segi ekonomi kehidupan masing-masing.
Jangan risau dan pening kepala! Suasana raya masih lagi boleh dihidupkan walaupun dalam keadaan berjimat. Justeru itu, mari ikuti tips raya berjimat dan sederhana pasca PKP di bawah ini.
Baca juga: Resepi Biskut Datin Viral, Biskut ‘Kayangan’ Anda Boleh Cuba Buat!
Kuih raya fresh from oven!
Walaupun korang nak berjimat cermat, kuih raya tetap kena ada! Korang boleh buat kuih raya yang paling mudah disediakan seperti kuih tat, kuih dahlia, kuih bangkit dan macam-macam lagi.
Kalau boleh ambil cuti lebih awal untuk pulang ke kampung bagi menyediakan kuih raya bersama keluarga. Ini cara terbaik untuk korang luangkan masa bersama keluarga, dalam pada masa yang sama dapat berjimat cermat.
‘Recycle’ baju raya
Dah nak masuk tahun ketiga kita beraya bersama wabak Covid-19 ni. Sudah pasti, masih ada lagi baju raya yang belum ‘dirasmikan’ lagi. Jika dah pakai pun, mesti sekejap saja pada hari pertama. Betul tak?
Inilah masanya untuk kita melaram semula dengan baju-baju raya tersebut. Tak usah beli baru! Baju raya yang lama tu pun, masih nampak elok lagi. Bukan orang tahu pun selagi korang belum ‘post’ di media sosial.
Kalau nak beli juga, sepasang dua persalinan pun okay!
Hias rumah DIY
Sudah jadi seperti acara tahunan apabila menjelang hari raya, ahli keluarga akan mengemas rumah sebelum menyambut kehadiran tetamu. Lebih meriah, ada yang menukar kelengkapan rumah seperti perabot dan sofa supaya raya pada tahun tersebut lebih meriah.
Tapi kan, dalam keadaan sekarang ni semestinya ekonomi masing-masing sudah tidak serancak dulu. Jadi, molek lah kiranya kita bersederhana sahaja guna semula apa yang ada.
Tambahan pula, sekarang ni banyak tips membersih DIY lebih cepat, jimat dan hasil pun mantap.
Beri duit raya ikut kemampuan
Amalan memberi duit raya sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita. Korang jangan khuatir, kalau nilai duit raya yang diberikan tidak setinggi dulu. Cukuplah sekadar bersederhana mengikut kemampuan anda.
Nak lagi lagi kreatif dan menarik, tak perlu beli sampul duit raya. Anda masukkan duit dalam paket gula-gula tadi. Nak nampak banyak gantikan duit kertas dengan duit syiling. Bernas kan idea ni?
Ziarah raya melalui teknologi
Sekarang semuanya ada di hujung jari sahaja. Apa kata korang modenkan aktiviti ziarah itu melalui panggilan video. Tak perlu dah nak fikir duit minyak, servis kereta dan duit tol. Banyak dah wujud aplikasi panggilan video seperti Google Meet.
Walaupun tidak boleh bersentuhan tetapi senyuman masih boleh dilihat, gelak tawa masih lagi boleh didengari.
Ziarah hari raya secara fizikal akan jadi lebih bermakna. Ya, itu benar. Tetapi bermakna itu akan ‘hilang’ jika kita terlalu gembira dan tidak berhati-hati. Risau musibah lain pula yang akan menimpa.
Sambutlah raya sambil kesihatan terjaga…
Ingat ya bersederhana saja tahun ini, kesihatan diri amat penting. Virus mudah merebak, jangan sampai anda pula terjebak! Ada hikmah di setiap ujian yang diberikan oleh-Nya.
Jadi, jangan terlalu bersedih yang penting anda masih dapat meraikannya walaupun dengan cara sederhana. Cumanya kini, kita perlu biasakan dengan apa yang tidak biasa. Bersyukur lah daripada tak dapat langsung.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri! Gembira-gembira juga, diri sendiri jangan lupa berwaspada.