berita

‘Buat Apa Nak Saman? Ini Masanya, Lebih Baik Mengaku Je Lah..’ – Puteri Sarah

December 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, pengarah filem sensasi iaitu Syamsul Yusof mendedahkan akan mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai dirinya.

Artikel Berkaitan: Nafi Dah Berkahwin Lain, Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta – ‘Ya, Ianya Satu Fitnah..’

Terbaharu, isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana menerusi perkongsian di IG Story seakan mempersoalkan tindakan saman yang mahu diambil suaminya itu.

‘Inilah masa untuk awak mengaku..’

Puteri Sarah memberitahu bahawa inilah masanya Syamsul untuk tampil mengaku berhubung dakwaan dirinya sudah berkahwin dengan seorang wanita yang dipercayai merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar.

Tiba, so betul lah gosip tu? Ok mengaku je lah. Inilah masa untuk awak mengaku semuanya.

Pelakon berusia 37 ini memberitahu bahawa perkara yang baik sepatutnya diumumkan. Oleh itu, dia meminta Syamsul menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan fitnah dan kemusykilan orang ramai terutamanya ahli keluarga.

Benda macam ni tiba muncul. Tiba nak saman. Untuk apa? Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga kita.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun. Namun rumah tangga mereka diuji apabila Syamsul dikatakan berlaku curang dengan seorang wanita iaitu Ira Kazar.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan bahawa Syamsul dan Ira Kazar sudah berkahwin. Susulan daripada itu, Syamsul tampil menafikan bahawa dirinya sudah berkahwin lain dan akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai dirinya.

Sumber: Instagram Puteri Sarah

SKIP THIS AD ×