
Seorang bapa berkongsi momen paling mahal dalam hidupnya apabila anak sulungnya yang bekerja di kedai makan memberikan sebahagian gaji pertamanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Terharu Guru Pimpin Tangan Anak Sertai Sukan Sekolah Buat Pertama Kali – ‘Terima Kasih Bantu Jaga Cahaya Mata Istimewa Ini’
Artikel Berkaitan: ‘Dia OKU & Ada Kanser’ – Isteri Kongsi Video Suami Kira Duit Syiling Untuk Beli Barang Undang Sebak
Terharu

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki itu berkata momen itu berlaku ketika dia menghantar anaknya ke tempat kerja.
Kata lelaki itu, anaknya sempat menyelitkan sehelai not RM50 ke tangan bapanya sebelum keluar dari kereta.
Tadi hantar anak sulung aku pergi kerja. Sementara tunggu keputusan sambung belajar, dia kerja kedai makan dulu.
Masa nak keluar kereta, dia salam aku sambil selit duit RM50 ni dekat tangan. Dia cakap duit untuk aku sarapan.
Menurutnya, itu adalah kali pertama anaknya memberikan wang selepas 18 tahun membesarkannya.
18 tahun aku besarkan dia, ini kali pertama dia bagi aku duit hasil daripada gaji dia kerja dekat kedai makan tu.
Aku ucap terima kasih dekat dia walaupun tak mengharapkan dia bagi aku duit.
Aku cuma berdoa dengan berkat rezeki anak aku ni Allah selamatkan kehidupan dia di dunia dan juga akhirat.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

