berita

Buat Hal Lagi! 7 Pendatang Asing Warga Indonesia, Bangladesh Lari Dari Pusat Kuarantin

May 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Meskipun sudah diberi arahan untuk kekal kuarantin, tujuh orang pendatang asing dipercayai sudah melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur sejak Isnin lalu. Menerusi laporan Malaysiakini, ketujuh-tujuh individu tersebut terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh yang tinggal di sekitar Selangor Mansion, Menara City One dan Kampung Baru.

Kehilangan disedari doktor

Kehilangan kesemua individu tersebut disedari oleh doktor yang membuat rondaan di sekitar kawasan kediaman mereka. Kesemua mereka dipercayai melarikan diri pada waktu pagi dan dijangkan dikuarantin sehingga 7 Mei ini. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim telah merujuk perkara tersebut kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), yang menyelia pusat kuarantin berkenaan.

Tambahnya, pegawai kesihatan telah menjalankan ujian saringan di flat PKNS di Kampung Baru,  berikutan kematian akibat wabak Covid-19 di kawasan berkenaan sebulan yang lalu. Hasil saringan tersebut, seramai 23 penduduk didapati positif. Sementara itu, di Menara City One, Selangor Mansion dan kawasan sekitar Masjid India diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama beberapa minggu berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, perintah itu ditarik balik pada 3 Mei.

Kawasan banyak pekerja asing

Menurut laporan juga, kesemua kawasan yang dilakukan saringan merupakan kawasan yang mempunyai jumlah pekerja asing yang tinggi. Beratus-ratus pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan berjaya ditahan oleh pihak kerajaan sebelum PKPD ditamatkan. Hal tersebut mungkin penyebab di mana golongan PATI ini menyembunyikan diri dan sekali gus menjejaskan usaha membendung jangkitan wabak yang sedang berlaku di negara ini.

Menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Ismail Sabri Yakob berkata kesemua 586 Pati yang ditahan  tempoh hari sudah menjalani ujian saringan dan mereka semua didapati negatif wabak tersebut. Tambah beliau, pengkritik operasi penahanan PATI perlu berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana ujian yang dibuat menghalang penularan wabak yang sedang berlaku.

Dibuat secara rahsia

Sebelum ini menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dibuat secara rahsia sebelum dilaksanakan bagi mengelakkan warga asing di kawasan itu melarikan diri.

Ia dibuat secara rahsia di peringkat awal kerana kami khuatir mereka melarikan diri dan berisiko mencetuskan jangkitan Covid-19 di kawasan lain. Berdasarkan pengalaman di Masjid India, kami memperbaiki prosedur pelaksanaan PKPD untuk kawasan berkenaan kerana keutamaan kami bukan publisiti tetapi mengawal penularan wabak ini.

Pada masa yang sama, pihaknya tidak mahu warga asing berfikir yang mereka akan dikepung dan dihantar pulang ke negara asal, sebaliknya ini adalah misi untuk menyelamat sekali gus memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Sumber: Malaysiakini & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×