berita

Buat Korang Yang Gilakan Dunia Permotoran, Event Ni Sure Buat Korang Excited!

March 23rd, 2018 | by Azyan
Shout Out!

Shout out kepada peminat dunia permotoran di luar sana! Admin ada something special nak bagitau korang ni..Haa, korang yang suka dengan motosikal tak kiralah motor kapcai ke, superbike ke, atau motosikal klasik sekalipun, korang wajib datang ke event ni! Sebab apa? Meh baca lagi pasal ni, mesti korang tak menyesal punyalah..

Jamboree Permotoran terbesar di Malaysia? Wah kena pergi ni!

Untuk pengetahuan korang, Malaysian Bike Week 2018 (MBW 2018) adalah Jamboree Permotoran yang julung kali diadakan secara besar-besaran tau. Jadi kalau korang jenis yang sukakan aktiviti macam ni, event ni sesuai sangatlah untuk korang.

Event ni dijangka menerima 100 000 peserta dari dalam negara dan negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Semua peserta yang hadir akan dibahagikan mengikut kategori negeri masing-masing :

  • Zon Tengah – Selangor dan Wilayah Persekutuan
  • Zon Utara – Kedah, Perlis & Pulau Pinang
  • Zon Selatan – Melaka, Negeri Sembilan & Johor
  • Zon Pantai Timur – Terengganu, Kelantan & Pahang
  • Zon Luar Negara – Singapura, Thailand, Brunei & Indonesia

Wah meriahnya! Tak sabarnya nak pergi nanti..

Bila & di mana lokasi MBW 2018 yang best ni ye?

Mesti dari tadi korang tertanya-tanya di mana dan bila MBW 2018 ni dibuat kan.. Haa meh sini nak bagitau. MBW 2018 ni nanti diadakan di Taman Ekspo Pertanian MAEPS, Serdang dan diadakan pada tiga hari berturut-turut iaitu pada 23 Mac hingga 25 Mac ini dari 10 pagi hingga 12 malam! Banyak gila aktiviti best yang menanti korang di sana tau.

Boleh tengok koleksi peribadi Sultan Johor! OMG!

Part ni yang paling best sebab masa inilah korang berpeluang nak lihat sendiri koleksi peribadi Sultan Johor dengan lebih dekat. Antara koleksi peribadi Sultan Johor adalah kereta beroda tiga Morgan daripada Britain, Bently, Hummer, Bugati Veyron dan banyak lagilah.

Terkedu admin tau. Korang kena pergi sendiri. Bukan selalu kan korang boleh dapat peluang tengok kereta-kereta mewah koleksi Sultan Johor ni.

Persembahan artis tanah air dan sesi meet and greet!

Setiap event mesti ada aktiviti diorang yang best kan. Sini admin senaraikan aktiviti yang sure happening punyalah nanti.

Jumaat

  • Pendaftaran bikers
  • Konsert yang diiringi oleh Rosewell band yang menampilkan artis tanah air iaitu Dato’ Ramli Sarip, Wanie Mentor, Dato Jeffrey Din, Dato’ AK Rahman Hassan

Sabtu

  • Pelancaran majlis oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
  • Cabutan nombor bertuah dan “Grand Prize”
  • Sesi ramah mesra Sultan Johor bersama bikers
  • Konsert ‘Rock Mentor’ yang menampilkan Dato’ Awie, Akim & The Majistret, Ella, Black Hanifah, Azlan & The Typewriter dan dihoskan oleh Haiza Kool FM

Ahad

  • News & Talkshow Live crossover dari MAEPS (Borak Kopitiam)
  • Sembang bersama juara (Persembahan artis di pentas utama)
  • Lawatan kasual oleh Menteri Belia dan Sukan. Yang Berhormat Khairy Jamaludin
  • Dan banyak lagi!

Bukan tu je tau, pada hari Sabtu dan Ahad, antara artis yang bakal memeriahkan acara dalam sesi meet & greet adalah Aqasha, Raja Afiq, Apreena Menrose, Nonny Nadirah, Johan Ashaari, Bell Ngasri dan Gambit Saifullah. Jangan lepaskan peluang ni tau.

Boleh menang hadiah motosikal? Biar betul ni?

Korang yang nak menang cabutan bertuah tu, boleh dapatkan tshirt istimewa tu dekat sini. RM35 kalau korang dapatkan di website gpmoto dan RM39.99 jika korang beli tshirt istimewa ni di lokasi MBW 2018. Beli tshirt dan korang berpeluang untuk memenangi Yamaha Y15ZR dan Benelli RSF150.

So, korang jangan lupa pergi dan join setiap aktiviti yang disediakan okay. Have fun!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×