berita

Buat Laporan Anak Kena Rogol, Anak Kantoikan ‘Kerja’ Bapa Sendiri Ketika Disoal Polis

July 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 39 tahun dari Ambon, Maluku, Indonesia bertindak membuat laporan polis mengenai anaknya yang didakwa telah dirogol. Bagaimanapun, di sebalik laporan tersebut, dia sebenarnya dalang yang bertanggungjawab merogol mangsa!

Bapa rogol anak sendiri

Foto: Kompas

Menerusi laporan Kompas, perbuatan tidak bermoral itu dilakukan sejak mangsa di bangku sekolah dan kali terakhir suspek merogol mangsa pada 22 Jun lalu di rumah mereka di Ambon. Susulan daripada itu, suspek kini telah pun ditangkap dan ditahan di lokap Pejabat Polis Kota, Pulau Ambon.

Ujar Ketua Seksyen Maklumat dan Perhubungan Awam Polis Pulau Ambon, Moyo Utomo, perbuatan suspek akhirnya terbongkar selepas pihak polis bertindak menyoal siasat mangsa dan pihaknya mula curiga selepas mangsa dilihat gelisah serta tidak tenang ketika diambil keterangan.

Kanak-kanak itu akhirnya membuat pengakuan menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya dan dirogol sejak sekolah rendah.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×