berita

Buat Live TikTok, Kakak Bella Ditahan Polis – ‘Dia Langsung Tak Dedahkan Muka Seperti Didakwa’

March 13th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah yang mati dibunuh teman lelakinya, ditahan polis awal pagi Rabu bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat terhadapnya kerana didakwa melanggar Akta Kanak-Kanak 2001.

Kakak Bella ditahan reman

Memetik laporan Harian Metro, penahanan itu dilakukan susulan pihak polis menerima laporan daripada keluarga tertuduh mendakwa wanita itu (kakak Bella) menyiarkan gambar kanak-kanak yang dipercayai anak angkat tertuduh, ketika bersiaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Wanita berusia 37 tahun itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini, sambil ditemani dua peguamnya, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan bagi mendapat perintah reman.

Dalam pada itu, peguam, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak guamnya itu direman sehari selepas mahkamah menolak permohonan pegawai penyiasat untuk reman tiga hari.

Sebaliknya, anak guam kami langsung tidak mendedahkan muka seperti mana didakwa dalam laporan dibuat sebelum ini.

Ketika proses permohonan reman, kami mengemukakan beberapa sebab kenapa anak guam tidak boleh direman terlalu lama. Kalau nak tahan reman, mesti ada sebab tetapi alasan dikemukakan pegawai penyiasat tidak membawa kepada sebab munasabah.

Wanita itu disiasat mengikut Seksyen 15 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dakwaan mengatakan gambar digunakan anak guam terbabit dengan jenayah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×