berita

Buat Macam RnR, Arkitek Kongsi Tips Tandas Dalam Bilik Tidur Patuh Syariah

October 17th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Kalau zaman dahulu, tandas kebiasaannya dibina di luar rumah bertujuan untuk mengelakkan jin dan syaitan. Namun, pada era serba moden ini, kedudukan tandas banyak berada di dalam blik tidur selain di bahagian belakang (dapur).

Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Khairunnisa Hamzah kongsi mengenai perkara ini. Menurutnya tandas di dalam bilik perlu dirancang agar kedudukannya patuh syariah. Ikuti tips ini.

Tandas tempat jin dan syaitan


Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti tempat tinggal anak-anak Adam di bumi. ”Ya Allah, Adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,” kata iblis. Lalu Allah berfirman;” Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),” (HR. Bukhari).

Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!

Kesian makcik terpaksa berbaring hadap tandas

Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut. Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”.

Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara : “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”. Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas. Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?

Rumah tangga pun aman damai

Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga. Dalam hadis nabi, rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah. “Daripada Jabir daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Tutuplah bekas-bekas makanan kamu, rapatkanlah bekas-bekas minuman, tutuplah pintu-pintu, padamkanlah lampu-lampu, kerana syaitan tidak dapat membuka ikatan bekas minuman, membuka pintu dan membuka bekas makanan.

Jika kalian tidak mempunyai penutupnya kecuali dengan meletakkan di atas bekas itu sebatang kayu dan menyebut nama Allah, maka lakukanlah! Sesungguhnya tikus boleh merosakkan pemilik rumah dengan membakar rumah mereka.”Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt. Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.

Kena kreatif


Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?” Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas. “Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik?

Sebab i rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat”. “Boleh. Kena kreatif sikitlah doktor. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke”. Seronok doktor bila kita bagi idea. Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya. Khairunnisa Hamzah. Senibina kehidupan di rumah.

Sumber : Khairunnisa Hamzah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×