berita

‘Buat Masa Ni Keadaan Mak Sangat Tak Baik’ – Achey Rayu Doakan Mak

August 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini tular cerita mengenai ibu kepada pelawak Achey yang dikatakan ditidurkan akibat COVID-19. Menerusi sesi Live di Instagram, Achey tampil untuk menjelaskan bahawa ianya hanya salah faham.

Artikel berkaitan : ‘Ibu Tidur Secara Meniarap’ – 7 Ahli Keluarga Positif COVID-19, Achey Jadi Runner Hantar Keperluan

‘Mak saya bukan ditidurkan’

Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah memberitahu bahawa ibunya bukan ditidurkan tetapi hanya tidur dalam keadaan meniarap.

Mungkin ada yang terbaca artikel kata mak saya ditidurkan. Bukan, mak saya bukan ditidurkan. Mak saya disarankan masa dia nak tidur tu doktor saran tidur secara meniarap.

Mak saya cakap bila tidur meniarap tu, senang sikit dia nak bernafas dan mak saya bangga dia paling tua dalam wad tu. Alhamdulillah doa yang baik-baik. Saya macam orang lain juga, nak kan mak saya balik.

Dia sekarang masih dimasukkan antibiotik. Saya dah hubungi doktor tadi. Doktor cakap antibiotik dah hampir 14 hari dan baki lagi lebih kurang empat atau lima hari.

Walau bagaimanapun, Achey memberitahu keadaan ibunya tidak berapa baik dan meminta orang ramai mendoakan ibunya kembali pulih.

Jika ada ruang dalam doa kalian, selitkan doa untuk mak saya, Ngaisah bte Hasaan. Buat masa ni keadaan mak sangat-sangat tak baik.

Ahli keluarga yang lain turut dijangkiti

Menurutnya lagi, ibunya yang berusia 74 tahun kini berada di Hospital Segamat, Johor dan dia memberitahu bahawa ahli keluarga yang lain juga turut dijangkit COVID-19.

Untuk yang terbaru, adik ipar saya, Laila positif COVID-19 dan anak dia yang berumur dua tahun pun positif juga. Mereka ada sembilan orang isi rumah jadi bila seorang kena sebab duduk dan makan biasa bersama-sama dan result swab test dia pending kejap mungkin terlalu ramai yang buat swab test. Secara tidak langsung, sementara mereka tunggu result tu mereka dah terkena.

Kalau nak cerita pasal diri saya dengan family saya pun, saya fight juga lah untuk family saya walaupun saya tak kena.

Mak saya positif dirawat kat hospital, abang saya positif dekat hospital, adik positif dekat PKRC Johor Bahru. Yang kat rumah tu ada yang positif dan rumah tu dah dibahagikan untuk yang baru balik dengan yang kena COVID-19.

Sumber : acheykintangkintung 

SKIP THIS AD ×