berita

Buat Panggilan Kecemasan Minta Keluarkan Labah-Labah, Polis Pesan Jangan ‘Main-Main’

July 13th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto sekadar hiasan

Seorang wanita terpaksa menghubungi polis untuk membuat panggilan kecemasan meminta mengeluarkan labah-labah gergasi di rumahnya. Namun tindakan wanita itu telah diselar oleh pihak polis kerana ia bukanlah panggilan kecemasan.

Polis takkan datang

Foto: West Yorkshire Police

Polis West Yorkshire, United Kingdom menyiarkan klip audio panggilan 999 di mana wanita itu membuat panggilan terakhir kepada pengendali untuk meminta seseorang mengeluarkan labah-labah dari rumahnya.

Awak mungkin akan marah saya betul-betul tetapi saya betul-betul cuba menghubungi semua orang dan awak adalah harapan terakhir saya.

Saya perlukan seseorang untuk datang dan bawa labah-labah ini keluar dari rumah saya. Ia benar-benar besar dan saya tidak bergurau pun.

Namun, pengendali tersebut terpaksa menolak permintaan wanita tersebut.

Malangnya polis tidak akan dapat datang dan mengeluarkan labah-labah dari rumah anda.

Menurut Polis West Yorkshire, mereka menerima 120 panggilan ‘bukan kecemasan’ sehari di talian 999. Polis juga menggesa orang ramai agar tidak menghubungi 999 melainkan ia adalah kecemasan.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×