Tak dinafikan, zaman moden kini ramai individu hanya menggunakan aplikasi atas talian untuk berkenalan dengan orang-orang baharu sama ada dalam negara mahupun seluruh pelosok dunia.
Baru-baru ini, seorang individu yang menyamar menjadi perempuan berkongsi satu kisah di mana dia berkenalan dengan seorang lelaki di satu aplikasi bersembang iaitu Litmatch.
‘Kalau i ada boleh peluk..’
Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Apit memuat naik satu video perbualan dengan seorang lelaki, Khai di aplikasi Litmatch. Apit yang menyamar sebagai Farah turut meniru suara perempuan kemudian memulakan perbualan dengan bertanya umur dan statusnya sama ada masih bujang atau sudah berkahwin.
Namun apa yang mengejutkan, Khai dengan selambanya mengaku sudah berkahwin tetapi dia seakan terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Malah, Khai juga berbual bersama Farah dengan nada yang sangat lembut dan mesra seperti ingin mengoratnya sedangkan dirinya masih berstatus suami orang.
Khai: Tengah baring peluk bantal tak?
Farah: Habis tu nak peluk apa dan bantal je yang ada.
Khai: Kalau i ada boleh peluk.
Apabila ditanya sama ada isteri Khai tahu atau tidak mengenai aplikasi Litmatch itu, Khai memberitahu bahawa isterinya bekerja dan langsung tidak tahu menahu dirinya bermain aplikasi tersebut.
Farah: I dekat selangor.
Khai: Nanti i cari masa dekat Selangor.
Farah: Tapi wife you macam mana? Kalau wife you tahu nanti macam mana?
Khai: I pergi seorang je, you okay kan? Jangan lah beritahu, dia tak akan tahu. Jangan lah risau, i pandai simpan rahsia.
Farah: You before ni pernah ke?
Khai: Pernah je, i senyap-senyap je. Dia tak tengok phone i. Dia tak tahu pun i main ni. Kalau wife i tanya, i cakap pergi outstation.
Bercerita dengan lebih lanjut, Khai memberitahu dia sudah pun memilki tiga orang anak dan semuanya masih bersekolah. Namun apabila Farah bertanya mengenai penerimaan Khai sekiranya mendapat tahu isterinya bermain aplikasi Litmatch dan mempunyai hubungan dengan lelaki lain, Khai seakan mengelak untuk menjawab. Farah juga memaklumkan dia ‘takut’ sekiranya suatu hari nanti suaminya turut melakukan perkara sama yang dilakukan Khai iaitu bermesra dengan wanita lain meskipun sudah berkahwin. Tidak lama selepas itu, Khai terus menghentikan perbualan bersama Farah.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang meluahkan rasa geram dengan sikap lelaki berkenaan yang gatal dan langsung tidak memikirkan perasaan si isteri. Dalam kesempatan itu, mereka berharap agar para suami di luar sana menjaga batas pergaulan dan lebih menghargai isteri.
Video
Sumber: Apittdznly_