berita

Buat Silap Tak Dengar Cakap Caprice, Mujur Alif Satar Pilih Penyanyi Sebenar Dalam ‘ICSYVM’

July 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setelah tiga minggu berturut-turut artis jemputan berduet dengan penyamar bersuara sumbang dalam I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) musim keempat, penyanyi, Alif Satar akhirnya berjaya mengesan penyanyi sebenar dalam episod semalam.

Tak ikut cakap Caprice

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Dalam episod semalam, Alif dibantu oleh dua penyiasat tetap iaitu Jihan Muse dan Fad Bocey. Manakala, tiga orang penyiasat jemputan iaitu Caprice, Naim Daniel dan Nabila Huda turut diundang dalam episod tersebut bagi membantu Alif mengesan para penyamar. Sebelum sesi pengenalan para peserta dilakukan, Alif memberitahu bahawa dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Naim Daniel dan Nabila Huda berbanding Caprice. Ini kerana, dia sudah mengenali Caprice sejak kecil dan mendakwa penyanyi tersebut akan menipu dirinya ketika sesi pemilihan kelak.

Di pusingan pertama dan kedua, Alif telah menyingkirkan dua orang penyanyi sebenar dan seorang penyamar. Beralih ke pusingan ketiga, penyiasat jemputan diminta untuk mendengar rakaman suara ketiga-tiga penyanyi yang masih kekal. Pada waktu tersebut juga, Caprice dilihat cuba untuk mempertahankan pesertanya daripada disingkirkan oleh Alif. Namun begitu, Alif bertindak menyingkirkan peserta tersebut. Ternyata, percaturan Alif salah apabila peserta yang disingkirkan olehnya itu merupakan seorang penyanyi. Rata-rata penyiasat termasuk Alif menunjukkan reaksi terkejut apabila peserta tersebut menyanyikan lagu ‘Lelaki Di Telefon’ dengan baik sekali.

Meremang babe!

Berbaki lagi dua peserta yang tinggal, Alif dipercayai mengalami kesukaran untuk memilih rakan duetnya. Hasil perbincangan yang dilakukan bersama The Locos dan kesemua penyiasat, Alif memilih peserta nombor dua sebagai rakan duet. Rata-rata netizen berasa lega apabila Alif berjaya memilih penyanyi sebenar sebagai rakan duetnya. Ujar netizen, peserta tersebut mempunyai suara yang sungguh merdu dan sesuai bergandingan bersama Alif ketika menyanyikan lagu ‘Sesungguhnya’.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×