berita

Buat Transaksi Tanpa Tunai & Berpeluang Untuk Bawa Pulang Wang Tunai Bernilai RM10,000!

March 8th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Dunia dah makin maju, sekarang ni semuanya di hujung jari je. Nak bayar parking, bayar saman, bayar bil, transfer duit, hatta nak beli goreng pisang pun boleh bayar online je! Senang cerita, asalkan ada smartphone dan kad ATM, korang dah boleh kemana-mana sahaja tanpa perlu risau!

Pembayaran atau transaksi tanpa tunai ni bukan lagi benda baru dalam masyarakat kita, malah tak kira tua muda, ramai yang menjadikan ia sebagai pilihan dan dah makin selesa going cashless. Yang lagi best, kini korang dah boleh lakukan transaksi tanpa tunai di agensi-agensi kerajaan terpilih juga. Mudahnya!

Ini antara 20 buah agensi kerajaan yang menerima transaksi tanpa tunai tau!

Kredit: Berita Harian

Kalau sebelum ni nak berurusan di agensi kerajaan untuk buat passport, bayar saman dan lain-lain urusan kena beratur panjang, nak cari parking, ambil nombor, lepas tu kena sediakan wang tunai dalam amount yang agak banyak kan? Leceh betul.

Kini korang dah boleh elakkan perkara rumit ni semua dan tak payah susah-susah nak bawak cash banyak-banyak kerana kesemua agensi-agensi kerajaan yang admin akan senaraikan ni menerima transaksi tanpa tunai sama ada di kaunter ataupun melalui perbankan dalam talian tau. Yeay!

Antara agensi-agensi kerajaan yang terpilih adalah:

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
5. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
6. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
10. Kehakiman (Mahkamah)
11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
13. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
14. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
15. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
16. Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP)
17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
18. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan
19. Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)
20. Hospital UiTM Puncak Alam

Bagi pembayaran di kaunter, korang boleh menggunakan MyDebit (kad ATM). Manakala, bagi perbankan dalam talian pula, korang boleh gunakan FPX, JomPAY dan DirectDebit.

Kalau korang masih tak faham dengan jenis-jenis transaksi yang disediakan, jom admin jelaskan!

MyDebit

MyDebit adalah perkhidmatan pembayaran menggunakan kad ATM yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran atau pembelian dengan selamat dengan memasukkan nombor PIN atau kaedah tanpa sentuhan (wave) pada peruncit Terminal Point-of-Sale (POS) menggunakan wang yang didebitkan dari akaun bank pelanggan.

JomPAY

JomPAY pula adalah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membayar sebarang bil melalui internet atau perbankan mudah alih menggunakan wang dari akaun Simpanan, Semasa atau Kad Kredit.

FPX

FPX adalah perkhidmatan penyelesaian pembayaran dalam talian yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran untuk pembelian mereka dalam talian melalui internet atau perbankan mudah alih kepada pedagang yang mengambil bahagian menggunakan wang dari akaun semasa dan simpanan.

DirectDebit

DirectDebit adalah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran bil berkala secara automatik terus dari bank akaun dengan kebenaran pelanggan.

DuitNow QR

DuitNow QR adalah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran melalui mana-mana aplikasi Bank/eWallet dengan mengimbas kod DuitNow QR yang tersedia.

Cashless Boleh kembali! Wang tunai bernilai RM10,000 menanti 100 pemenang bertuah!

Berita baik untuk korang semua, peraduan Cashless Boleh kini kembali dengan Cashless Boleh 2! Yang bestnya, cara nak sertai Cashless Boleh 2* ni pun senang sangat.

Untuk mengambil bahagian, korang hanya perlu lakukan transaksi tanpa tunai atau cek di agensi-agensi kerajaan terpilih menggunakan kad ATM MyDebit, imbas DuitNow QR di kaunter atau melalui perbankan internet menggunakan JomPAY, FPX ataupun DirectDebit tanpa amaun minimum. Mudah kan?

Tempoh peraduan: 1 Disember 2021 – 31 Mei 2022

*Tertakluk terma dan syarat

Jadi, apa lagi korang tunggu? Jangan lepaskan peluang keemasan ni dan siapa tahu, mungkin korang antara yang bertuah untuk bawa pulang wang tunai lumayan ni!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Paynet.

SKIP THIS AD ×