berita

Buat Video Masak Pakai Baju Tradisi, Lihat Bagaimana Youtuber Cantik Raih Jutaan View

October 9th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Siapa sangka di sebalik gunung-ganang wilayah terpencil Sichuan, China, seorang gadis jelita mampu menarik jutaan peminat laman sosial menerusi video menjalani kehidupan seharian. Li Ziqi membuktikan dia mampu mencipta nama walaupun berhadapan batasan geografi.

Hidup dalam kedaifan

Dibesarkan dengan penuh kepayahan, Ziqi berdepan dengan perceraian ibu bapanya, kemudian si bapa meninggal dunia. Dia dibesarkan pula oleh datuk dan neneknya dalam serba kekurangan.

Ketika rakan-rakan lain di bangku sekolah, dia keciciran dan mula bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Walaubagaimanpun, dia berdepan dengan kepayahan apabila terpaksa kebuluran dan tidur di dalam gua.

Dia melakukan banyak kerja antaranya pelayan restoran, juruelektrik dan DJ di kelab malam di mana dia banyak belajar tentang muzik.

Neneknya sakit pada 2012 mendorong Liqi berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga insan yang banyak berjasa kepadanya sebelum itu.

Raih populariti singkat

Pada mulanya Liqi membuka akaun Taobao untuk berniaga secara online, dia bercadang menggunakan video untuk menarik pengguna ke page perniagaannya, namun tidak berjaya. Dia mengambil keputusan membuat video tutorial masakan makanan tradisi China.

Pakar makanan tertarik dengan video Liqi dan dalam masa singkat dia meraih populariti. Peminatnya makin bertambah setelah videonya diletakkan di Weibo (laman sosial seperti Twitter) pada April 2016 menarik perhatian netizen.

Liqi mendapat tempat di hati penonton kerana memaparkan realiti hidup di ceruk kampung disamping mengajar mengenai tradisi serta budaya masyarakat China.

Bagaimana dapat populariti

Dalam siri videonya, Liqi merakamkan dirinya dalam persalinan ‘hanfu’ sejenis pakaian tradisional China, berlatarbelakangkan latar belakang unik lagi memukau yang penuh indah. Dia memasak menggunakan bahan semulajadi sepenuhnya, ringkas tetapi menggunakan teknik tradisional membuatkan penonton terpaku menantikan video berikutnya.

Penonton Liqi menganggap video-videonya seperti membawa mereka ke mesin masa meneroka kehidupan zaman lampau kepada kehidupan moden China.

Memasak rebung cara tradisi

Petik jagung pun 8 juta view!

Sumber: Li Qizi, Raknife

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×