Sekadar gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dipercayai dirogol sebelum dibunuh dalam satu kejadian di Nerela, New Delhi di India.
Budak dibunuh, dirogol
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Indian Express, pada awalnya mangsa dilaporkan hilang pada 28 Jun lalu selepas keluar bermain. Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dan pihak berkuasa mula menjalankan operasi mencari mangsa.
Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu orang awam menemui mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan mengerikan. Kepala mangsa telah hancur dipercayai dihentak dengan batu oleh suspek.
Bukan itu sahaja, mangsa didakwa telah dirogol oleh sekumpulan individu sebelum dibunuh. Semasa siasatan awal dijalankan, ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki iaitu Rahul membawa mangsa ke lokasi pembunuhan.
Susulan daripada itu, Rahul bersama seorang lagi suspek, Devdutt telah ditahan bagi membantu siasatan.
Sumber: Indian Express