berita

Budak 11 Tahun Koma Selepas Terjatuh Dari Balkoni Rumah Tingkat 2

November 28th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas terjatuh dari balkoni tingkat dua rumahnya. Kejadian itu berlaku di Kuarters Bomba Pangsapuri Setia Wira, Bukit Mertajam. Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah itu dipercayai terjatuh dari tingkat dua selepas percubaannya untuk memanjat balkoni rumahnya itu gagal.

Mangsa sendirian di rumah

Sekadar gambar hiasan

Menerusi Harian Metro, mangsa dipercayai bertindak memanjat balkoni di rumahnya untuk masuk ke dalam rumah tersebut melalui pintu dapur. Tetapi malangnya, tidak sempat berbuat demikian mangsa tiba-tiba tidak dapat mengimbangkan diri sebelum dia tergelincir dan mukanya tersembam ke tanah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa yang merupakan anak tunggal ini dikatakan tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya di rumah tersebut. Tetapi ketika kejadian, hanya mangsa seorang sahaja berada di dalam rumah tersebut kerana bapa tirinya itu dikatakan berada di surau berhampiran manakala ibunya telah keluar rumah sejak awal pagi lagi.

Ibunya berusia 33 tahun dan bekerja sebagai juruwang keluar rumah jam 9.30 pagi manakala bapa tirinya yang berusia 46 tahun berada di surau berhampiran kerana menghadiri program ceramah.

Mangsa tak sedarkan diri

Menceritakan kisah itu, ahli keluarga mangsa memberitahu berkemungkinan anak mereka terlupa membawa kunci ketika dia keluar rumah. Disebabkan itu, dia bertindak untuk memanjat balkoni di tingkat dua rumah tersebut kerana mahu masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Mangsa bagaimanapun telah terjatuh dengan keadaan kepalanya berlumuran darah sehingga mengakibatkan mangsa koma.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sebelum dipindah ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan masih belum sedarkan diri.

Sementara itu, pihak polis membuat siastaan lanjut dengan mengambil keterangan daripada ibu kandung mangsa, bapa tirinya dan jiran tetangga.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

SKIP THIS AD ×