berita

Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri

July 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun dipercayai maut selepas didera serta dibiarkan kelaparan oleh ibu tiri dan bapa kandungnya di Indiana, Amerika Syarikat.

Ibu tiri mengaku bersalah

Mangsa yang dikenali sebagai Eduardo Posso dikatakan telah diikat dan dipakaikan kolar anjing elektrik serta direnjat dengan kolar berkenaan. Lebih kejam lagi apabila mangsa dibiarkan kelaparan sehingga dia terpaksa memakan rambutnya sendiri.

Mangsa dipercayai telah ditinggalkan sendirian oleh ibu tiri serta bapa kandungnya selama beberapa minggu di dalam tandas sebuah penginapan di Indiana.

Susulan daripada itu, ibu tirinya, Dayana Medina Flores bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 65 tahun selepas mengaku bersalah atas pembunuhan yang mengerikan itu manakala bapa kandung mangsa, Luis Eduardo Posso didakwa turut bersubahat kerana membiarkan mangsa di dalam tandas berkenaan.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat rambut di dalam badan mangsa dan menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki berkenaan begitu lapar sehingga sanggup memakan rambutnya sendiri.

Bapa kandung dipenjara seumur hidup

Menurut pihak polis, mayat Eduardo menunjukkan banyak kesan penderaan dan berat badan mangsa hanya sekitar 22.67 sehingga 24.94 kilogram sahaja. Siasatan awal ke atas telefon milik kedua-dua suspek mendapati terdapat video mangsa diikat di dalam sebuah tab mandi.

Pihak polis juga turut menemui rantai, kolar anjing elektrik yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa. Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai pengedar poster itu dikatakan telah tinggal bersama tiga anak yang lain dan dijaganya dengan baik.

Saya tak dapat memikirkan, dalam 30 tahun, kes seperti ini menjangkaui apa yang pernah saya hadapi sepanjang bekerja sebagai polis.

Cuba bayangkan ketakutan mereka tinggal bersama adik beradik yang diikat dan tak diberikan makanan juga? Itulah kehidupan normal bagi mereka.

Walau bagaimanapun, kesemua anak-anak suspek telah dihantar ke pusat penjagaan. Luis Eduardo didakwa atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kematian dan kini dia berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Sumber : Daily Star

SKIP THIS AD ×