berita

Budak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 35 Kondominium, Ibu Meraung Ditenangkan Orang Awam

July 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 35 di Pandan Perdana, Ampang, semalam.

Ibu turun ke dobi

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis dimaklumkan tentang kejadian tersebut selepas dihubungi pengawal keselamatan kondominium berkenaan kira-kira jam 2.20 petang.

Menurut siasatan, mangsa merupakan warga Indonesia yang dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan. Ketika kejadian, mangsa ditinggalkan di dalam rumah kerana sedang tidur.

Sebelum kejadian, ibu mangsa berusia 36 tahun telah meninggalkan anaknya yang sedang tidur di ruang tamu rumah sebelum turun ke bawah untuk membasuh pakaian di dobi.

Semasa berada di bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun di kawasan tingkat bawah dan mendapati mangsa adalah anaknya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah Mohamad Farouk, dipercayai mangsa telah bangun dari tidur dan membuka ‘sliding door’ sebelum memanjat kerusi yang berada di balkoni.

Mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Netizen sayu tengok ibu

Menerusi perkongsian @fiezaothman0 di laman TikTok, dapat dilihat ibu mangsa sedang menangis sambil dipeluk oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum ditarik pergi daripada mangsa.

Video

@fiezahothman0

Alfatihah untuk anak ini yg berumur 4 th ++.

? Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid

Sumber: Sinar Harian, TikTok @fiezaothman0

SKIP THIS AD ×