berita

Budak 5 Tahun Maut, Tertinggal 4 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

February 1st, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, pada Selasa.

Maut tertinggal dalam kereta

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, hasil siasatan mendapati ibunya yang juga kakitangan hospital berkenaan secara tidak sengaja meninggalkan mangsa di dalam kenderaan jenis Axia, selepas wanita itu mengambilnya dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian, kira-kira jam 2 petang.

Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya, pada 6 petang.

Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital sebelum disahkankan meninggal dunia. Difahamkan, keputusan bedah siasat masih belum dikeluarkan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×