berita

Budak 6 Tahun Ditemukan Mati Dalam Mesin Basuh

October 17th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut di dalam mesin basuh pakaian di sebuah rumah di Ipoh, Perak pada Isnin.

Maut dalam mesin basuh

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ditemukan oleh neneknya sekitar jam 9:30 pagi. Difahamkan, ketika kejadian, ahli keluarga lain turut berada di dalam rumah terbabit.

Mangsa dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.02 pagi (Isnin).

Hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×