berita

Budak 8 Tahun Maut Dilanggar MPV Ketika Berbasikal

September 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika berbasikal di Lorong 14 Kampung Padang Jaya 2, pada Rabu.

Kanak-kanak maut dilanggar kereta

Sekadar gambar hiasan

Mangsa, Muhammad Azzim Imni Mohd Faizal, 8, yang juga murid tahun dua di Sekolah Kebangsaan Kampung Padang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV jenis Toyota Innova, wanita berusia 33 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, pemandu wanita terbabit sedang melalui Lorong Kampung Padang Jaya 14 menuju ke Jalan Kampung Padang Jaya 8 untuk ke Sungai Lembing.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan untuk pulang ke rumahnya di Lorong Kampung Padang Jaya 15.

Ekoran jarak yang terlalu dekat, pemandu MPV tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×