berita

Budak Albino 4 Tahun Dibunuh, Badan Dikerat & Tulang Dikeluarkan, Mayat Dibuang Ke Dalam Hutan

February 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan (Foto: Time)

Kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun akhirnya terungkai selepas penemuan mayat di kawasan sebuah hutan di Burundi, Afrika Timur.

Budak albino dibunuh

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Inquirer, kanak-kanak malang yang dikenali dengan nama Abdul dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu. Abdul dipercayai diculik oleh tiga orang individu ketika dia sedang bermain dengan beberapa kanak-kanak lain di tepi jalan di Burundi, Bujumbura.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui Abdul bukan hanya diculik tetapi dia juga dibunuh dengan kejam. Suspek tergamak mengerat dan mengeluarkan tulang badan Abdul sebelum membuang mayatnya ke dalam hutan.

Abdul dibunuh, kemudian tangan dan kakinya dipotong sebelum mengeluarkan tulang dan berkongsi anggota itu. Mayatnya dibuang ke dalam hutan.

Dua suspek ditahan polis


Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak yang menggembala lembu di kawasan hutan itu melihat mayat mangsa dan ianya membawa kepada penahanan dua daripada tiga suspek. Menurut pihak polis, suspek ditahan kerana mereka mempunyai bahan bukti iaitu tulang mangsa. Hasil daripada siasatan awal mendapati, punca pembunuhan Abdul adalah disebabkan amalan sihir yang mempercayai ianya membawa tuah dan kekayaan.

Menurut jurucakap persatuan tempatan Albino Tanpa Sempadan (ASF) iaitu Chadrack Nahumuremyi, lebih daripada 20 individu albino dibunuh sejak tahun 2008 namun ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang dua tahun ini.

Oleh hal demikian, Chadrack Nahumuremyi berharap agar pihak berkuasa mengenakan hukuman berat kepada individu yang melakukan jenayah kejam itu selain meminta individu albino diberi perlindungan yang lebih kukuh.

Sumber: Inquirer, Barrons

SKIP THIS AD ×