berita

Budak Darjah 5 Luah Rasa Tertekan Gara-Gara Sering Dimarah & Dipaksa Buat Kerja

October 16th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, setiap manusia di muka bumi ini mempunyai hati dan perasaan. Maka, adil lah jika kita berpendapat bahawa segala tekanan yang dialami oleh orang dewasa juga sebenarnya boleh juga dirasai oleh seorang kanak-kanak. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja.

Terbaru, seorang guru memuat naik satu perkongsian di Twitter mengenai sebuah diari anak muridnya yang dijumpai ketika membuat spotcheck. Apa yang ditulis oleh murid tersebut amat mengejutkan!

Rasa macam tak ada sesiapa dekat dunia

Berdasarkan nota yang ditulis dalam diari tersebut, kanak-kanak itu meluahkan perasaannya yang agak tertekan dengan kehidupannya di rumah. Dia berasakan kehidupannya itu tidak sama seperti kanak-kanak lain yang bebas keluar bermain, berjalan-jalan dan sebagainya. Sementara, dia tidak dapat merasai kebebasan itu sebaliknya hanya dibiarkan terkurung di dalam rumah.

Aku rasa macam aku tak ada sesiapa dekat dunia ni. Aku pun keluar bebas macam orang lain. Tak nak terkurung je dekat dalam rumah. Kakak rasa stress tahu tak.

Kena buat kerja, kena rotan

Dalam pada itu, kanak-kanak ini meluahkan perasaan sedih apabila berada di rumah kerana dia selalu disuruh membuat kerja dan sering dirotan. Dia juga turut mempersoalkan tindakan ibunya yang kerap memarahinya tanpa sebab sehingga membuatkan dia berasa keseorangan.

Ibu tahu tak kakak tak suka duduk rumah sebab asyik-asyik kena buat kerja, kena rotan. Penat lah kakak.

Ibu, kenapa ibu selalu nak marah kakak? Tak apa, kakak kan dah nak mati sebab selsema. Jadi, selepas kakak pergi tenang lah ibu ya.

‘Stay strong, Adik!’

Perkongsian itu telah mendapat 7, 600 retweet dan 6, 200 likes oleh warganet sejak ianya dimuat naik di Twitter. Rata-rata daripada mereka turut meninggalkan pesanan dan nasihat buat kanak-kanak itu. Tidak kurang juga daripada warganet yang berkongsi kisah yang sama dialami oleh mereka ketika seusia dengan kanak-kanak tersebut.

Sumber: Shafik

 

SKIP THIS AD ×