Di Rio de Janeiro, Brazil, seorang kanak-kanak lelaki mengalami tujuh serangan jantung apabila dia disengat oleh salah satu kala jengking paling berbahaya di dunia ketika memakai kasutnya, baru-baru ini.
Disengat kala jengking kuning
Menerusi laporan New York Post, Luiz Miguel Furtado Barbosa, 7, meninggal dunia pada 25 Oktober di sebuah hospital, dua hari selepas dia disengat oleh kala jengking kuning Brazil atau Tityus serrulatus, spesies dengan racun yang sangat toksik. Kala jengking itu telah menyebabkan ribuan orang maut di negara itu.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang tinggal di bandar Anhembi di Sao Paulo sedang membuat persiapan untuk menyertai perkhemahan. Pada waktu tersebut, Luiz Miguel sedang memakai kasutnya untuk bersiap.
Sebaik memakainya, dia menjerit kesakitan. Oleh kerana kami tidak menjumpai apa yang menyengatnya, kami terus mencari. Tetapi kakinya mula merah menyebabkan kesakitan.
Menurut ibu kepada Luiz iaitu Proenca Furtado, mereka menggeledah rumah untuk mengetahui apa yang menggigit anaknya itu. Hampir lima minit menggeledah, akhirnya mereka melihat kala jengking kuning yang digeruni itu. Luiz dibawa ke Hospital das Clínicas de Botucatu, di mana ubat penawar untuk kala jengking boleh didapati. Ketika di unit pediatrik, Luiz mengalami tujuh kali serangan jantung sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Sumber: New York Post