berita

Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Apartmen Tingkat 10

July 4th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 apartmen Ganggarak Permai, Labuan pada pagi Selasa,

Kanak-kanak maut jatuh bangunan

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jawila, mangsa yang tinggal di tingkat 10 bangunan berkenaan ditemukan tidak bernyawa di tingkat satu.

Mangsa dipercayai terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif apartmen tersebut. Pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Labuan untuk proses bedah siasat.

Siasatan awal polis mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×