berita

Budak Tebing 2 Buat Comeback, Watak Baru & Scene Kali Ni Bakal Buat Netizen ‘Geram’!

June 17th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Korang tengok tak, drama Budak Tebing yang disiarkan pada tahun lalu di TV3? Jalan ceritanya yang memaparkan realiti sebenar kehidupan anak muda dah curi perhatian ramai. Ramai yang gelar drama ni sebagai drama terbaik!

Selepas dapat sambutan hangat, drama Budak Tebing akan buat comeback dengan musim kedua pulak. Lagi menarik, musim terbaru ni ada beberapa kejutan yang korang tak sangka akan berlaku. Peminat drama tempatan mesti suka punya la.

Kisah kehidupan seorang bekas pelajar juvana

Bagi korang yang belum tengok drama Budak Tebing, sebelum tengok yang musim kedua ni, kena la tahu sinopsisnya dulu. Baru la excited nak tengok sambungannya!

Drama Budak Tebing mengisahkan tentang kehidupan Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia sebenarnya pandai dalam pelajaran dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola.

Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak habiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga dapat gelaran ‘budak tebing’. Tapi semuanya tinggal kenangan kerana peristiwa hitam yang berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah memalukannya. Arif cuba untuk tebus kesilapan lalu tapi usahanya sia-sia.

Drama Budak Tebing juga menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira). Dia dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula rasa hidupnya lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Bertemakan keluarga, persahabatan dan isu sosial, barisan pelakon iaitu Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Imran Aqil dan Firdaus Ghufran memang hebat. Apa yang kami boleh katakan, drama ni memberi teladan dan bagus ditonton seisi keluarga.

Budak Tebing 2 ada watak baru yang best, Amin & Amnad!

Musim terbaru, tak seronok la kalau tak ada watak baru kan? Kali ni drama Budak Tebing 2  ada watak baru, Amin dan Amnad. Dengar cerita, mereka akan tolong Arif dan Tongki untuk melawan sindiket buruh kanak-kanak. Mesti gempak ni!

Siapa Amin dan Amnad dalam drama Budak Tebing 2? Korang rasa apa yang akan jadi di tebing mereka nanti? Dapat ke mereka tumpaskan sindiket haram tu? Tak sabar betul nak tahu. Ish, buat orang berdebar la!

Ayah kandung Arif dan Yoyol masih hidup, serius la?

Paling menyayat hati dalam drama ni, sebenarnya ayah kandung Arif dan Yoyol masih hidup dan telah kembali kepada mereka secara tak sengaja. Yoyol pulak tak dapat terima kenyataan. Mesti ada scene air mata ni. Touching wei!

Macam mana pertemuan mereka sekeluarga? Korang agak Yoyol dapat ke terima ayahnya semula? Kalau nak tahu, korang kena la tengok drama Budak Tebing 2 eh.

Kalau korang tak nak ketinggalan untuk menonton setiap episod, kami cadangkan korang tengok kat sini..

Boleh tonton drama Budak Tebing 2 di iQiyi satu jam selepas tayangan di TV3!

Tahu tak? Korang boleh tonton drama Budak Tebing 2 secara PERCUMA dan EKSKLUSIF satu jam selepas tayangan di TV3 melalui aplikasi iQiyi atau laman web www.iQ.com/local pada 18 Jun 2021 tau. Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 dan 10 malam di pelantar iQiyi. Tak sabar wei!

Drama TV3 Budak Tebing 1 pun ada di iQiyi nanti!

Alamak! Terlepas tengok drama Budak Tebing 1? Ala, korang jangan risau la. Untuk pengetahuan korang, iQiyi akan bawak Budak Tebing 1 jugak tak lama lagi. Yay!

Dah ada drama Budak Tebing 1 di iQiyi nanti, korang tonton la okay. Sekurang-kurangnya korang lebih faham jalan cerita tu. Korang yang tak move on lagi dengan musim sebelumnya, boleh la puaskan hati korang untuk tontonnya sekali lagi. Hehe.

Jadi ahli VIP iQiyi, baru puas nak tonton!

Kenapa kami cadangkan korang tonton di iQiyi? Platform hiburan ni memang awesome sebab ada banyak kandungan dari Asia yang best. Nak tonton drama tempatan, K-drama, C-Drama, siap Anime pun ada. Paling best, percuma pulak tu.

Kemudian, sari kata untuk Bahasa Melayu dan English juga tersedia di iQiyi. Memang seronok tengok. Lebih-lebih lagi, kalau jadi ahli VIP iQiyi, boleh dapat Advance Privilege seperti langganan bulan pertama hanya RM1.90 je!

Kalau jadi ahli VIP iQiyi, korang dapat tonton drama-drama yang eksklusif dan extra akses ke episod-episod tu terlebih dulu! Iklan pun boleh skip. Senang cerita, memang puas hati la kalau jadi ahli VIP iQiyi ni.

Paling gempak, drama dan filem di iQiyi boleh ditonton dengan ‘Full HD’ (Blu-ray 1080P) dan juga kandungan terpilih dengan fungsi ‘Dolby Atmos’ yang menjanjikan kesan bunyi yang lebih hebat. Feeling macam tengok kat panggung!

Alang-alang dah duduk rumah ni, ajak la family korang kat rumah tu untuk tonton drama bersiri TV3 Budak Tebing 1 dan Budak Tebing 2 di iQiyi atau laman web www.iQ.com/local. Tonton secara maraton pun best. Mesti meriah nanti!

SKIP THIS AD ×