berita

Budak Tebing Diangkat Drama Terbaik ADS 2021

December 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) yang sepatutnya melabuhkan tirai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, terpaksa disambung dalam program hiburan, Melodi, pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Budak Tebing drama terbaik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Budak Tebing terbitan Country & Universal Sdn Bhd telah diangkat sebagai Drama Terbaik pada kali ini.

Mengangkat erti persahabatan, Budak Tebing turut mengungguli dua kategori lain iaitu Pengarah Terbaik yang dimenangi Feroz Kadir dan Penulis Skrip Terbaik diraih Janjira dan PGRs Team.

ADS 2021 yang disiarkan secara langsung oleh TV3, menampilkan gandingan pengacara Nabila Huda dan Ain Edruce.

Mempertaruhkan 11 kategori utama, ADS 2021 membariskan nama besar sebagai penyampai trofi antaranya Erra Fazira, Datuk Yusof Haslam, Jalil Hamid, Azhan Rani dan Aaron Aziz.

Malam kemuncak ADS 2021 juga dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Noraniza Idris, Bunga Isme, Stacy, MK dan Noki.

Senarai Pemenang

Anugerah Pesona Bintang : Fauziah Ahmad Daud

Pelakon Lelaki Terbaik : Zul Ariffin (Ryan Aralyn)

Pelakon Wanita Terbaik : Janna Nick (Misteri Mona)

Pelakon Antagonis Pilihan : Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)

OST Terbaik : Mimpi (Haqiem Rusly)

Pasangan Pilihan : Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)

Babak Tular Drama Terbaik : Kampung People 2

Semalam, TV3 mengumumkan ADS 2021 terpaksa diberhentikan siaran langsung, disebabkan lokasi acara dilanda banjir.

SKIP THIS AD ×