berita

Budak Tebing Kembali Dengan Musim Baru, Singkap Lebih Banyak Isu Sosial

June 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Drama popular TV3 Budak Tebing arahan Feroz Kader kini kembali dengan siri terbaru iaitu Budak Tebing 2 di slot Lestary bermula 18 Jun 2021 setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9 malam.

Mengisahkan isu kekeluargaan dan penderaan

Drama bersiri 13 episod mengisahkan isu kekeluargaan serta penderaan yang diarahkan oleh Feroz Kader hasil nukilan skrip Janjira, PGR’s team dan Sofia Aliza yang menyaksikan barisan pelakon terdahulu seperti Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Faiz Isqandar dan Firdaus Ghufran.

Turut menjayakan drama ini adalah beberapa barisan pelakon hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Zarina Zainuddin, Nellisa Nizam, Imran Aqil dan ramai lagi.

Drama bersiri Budak Tebing mengambil pendekatan mengenai masalah sosial dalam kalangan remaja telah mendapat perhatian serta ikutan ramai sejak drama ini disiarkan. Menurut pengarah Budak Tebing 2, dia mengharap dapat membuka mata para penonton mengenai isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan.

Drama Budak Tebing 2 bakal disiarkan pada 18 Jun 2021

Budak tebing 2 mengisahkan kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah mereka gagal untuk ke Pusat Latihan Polis (Pulapol). Tongki terpaksa menjaga ayahnya sambil bekerja, namun dia sering disabotaj.

Manakala Arif pula menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang tidak mahu menerima kepulangan Afendi iaitu ayahnya yang telah muncul secara tiba-tiba.

Laura telah membuat keputusan untuk tidak ke London dan mencuba mencari ibu ibu kandungnya dan Ira cuba untuk membantu untuk menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya dia mendedahkan kepada sindiket serta dendam terhadap Budak Tebing.

Jangan lupa saksikan Budak Tebing 2 di TV3 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9 malam.

SKIP THIS AD ×