berita

Budak Tiga Tahun Mati Lemas Dalam Mesin Basuh

January 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya di sebuah rumah di timur laut Paris pada Khamis lalu.

Lemas dalam mesin basuh

Sekadar gambar hiasan

Kehilangan mangsa hanya disedari oleh ibu bapanya ketika mereka berdua bersama seorang lagi anak mereka sedang makan malam di rumah. Namun kelibat mangsa tidak kelihatan pada waktu itu. Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan pasangan ini semakin risau dan mula mencarinya di merata tempat termasuklah di luar rumah. Bukan itu sahaja, mereka juga sempat meminta pertolongan jiran tetangga untuk mencari anak perempuannya itu.

Namun siapa sangka, mangsa akhirnya ditemui oleh bapanya di dalam mesin basuh. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia satu jam kemudian.

Difahamkan, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup dan suis tidak dihidupkan ketika ahli keluarga menemui mangsa di dalamnya. Punca kematian mangsa dipercayai akibat sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×