Masih lagi kecoh di laman sosial membincangkan isu mengenai video prank yang dilakukan terhadap seorang gadis dengan ‘sogokan’ RM20,000 untuk meninggalkan teman lelakinya. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai hal tersebut.

Pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin dan Da’i Wan Dazrin juga mempunyai pandangan sendiri susulan video prank itu.

Prank yang ada unsur penipuan

 

View this post on Instagram

 

???? ??????? ???? ??????? ???? ?????????? ?????? ??????? ???????? ????????? ????? ????????? ????? ??????????? ??????????? ????? ???????????.. . Nabi Muhammad Saw bersabda, permudahkan jangan menyusahkan, gembirakan jangan mendukacitakan.. . Prank yang ada unsur penipuan dan lakonan yang membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan hingga boleh terputusnya silaturrahim adalah sangat dilarang oleh agama kita. Jaga jaga dalam berhibur atau menghasilkan content di media sosial kita. Menakutkan orang dengan sesuatu yang direka reka adalah bencana yang sangat negatif. Pelihara diri kita semua dengan meninggalkan sesuatu yang tidak manfaat bagi kita.. . Ini pesan Rasulullah. Kalau nak jadi ummat yang terbaik jangan lah kita lakukan lagi. Berhentilah, memang kita kata itu kejutan tapi ia tetap dilarang dan bukan hiburan yang dibenarkan. Inshaallah semoga kita dapat fahami bersama. Saya hanya menyampaikan , terpulang pada semua untuk menerima dan menilai nya. ?? Salam Zulhijjah.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on Jul 22, 2020 at 4:47pm PDT

Menerusi Instagram PU Amin menjelaskan bahawa budaya prank tersebut dilarang dalam agama Islam, walaupun sekadar menarik orang untuk menontonnya. Tambah PU Amin, dia hanya menyampaikan pesanan dan terpulang kepada semua yang membaca untuk menerima dan menilainya sendiri.

Tak payah nak test-test

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on Jul 21, 2020 at 9:13pm PDT

Sementara itu, Da’i Wan Dazrin menyifatkan tindakan individu yang melakukan ekperimentasi bagi menguji tahap kesetian pasangan masing-masing adalah tidak wajar.

Ini kerana ujian untuk menempuh ke sebuah ikatan perkahwinan itu sebenarnya sudah tersedia buat mereka daripada Allah, tanpa perlu ujian buatan manusia.

Sumber: PU Amin, Da’i Wan Dazrin