
Siapa je yang tak suka shopping sakan bila masuk bulan puasa kan? Mesti korang dah mula buat wishlist nak cari telekung, baju raya,kuih raya dan deco bertemakan Aidilfitri supaya rumah nampak cantik. Tapi, pening juga bila fikir nak kena redah jem pergi banyak tempat semata-mata nak lengkapkan keperluan raya.
Haa, korang jangan risau! Festival raya anjuran ABGR PLT, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) akan kembali lagi untuk edisi 2027!
66 jam tanpa henti di MITEC & kini di Kuantan!
Bagi korang yang suka shopping last minute, ABFGR 2027 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur akan berlangsung dari 19 hingga 22 Februari 2027.
Paling best, acara ini akan beroperasi selama 66 jam non-stop, meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ini.
Buat julung kalinya, festival gergasi ini juga akan menemui orang Pantai Timur di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada 5 hingga 7 Mac 2027.
Syurga beli-belah dengan lebih 900 vendor
Festival ini pernah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai Ekspo Festival Raya Terbesar di Malaysia (2024) dan kali ini mereka menyasarkan lebih 900 vendor merentasi kedua-dua lokasi.
Sambil shopping, korang boleh chill layan aktiviti seperti sesi ramah mesra dengan selebriti terkenal, lepak makan di Mini Absolut Foodfest dan menikmati konsert mini.
Jangan lepaskan juga peluang untuk sertai jualan ‘Happy Hour’, cabutan bertuah, ‘Wheel of Fortune’, serta ‘Money Chamber’.
Paling best, korang boleh nikmati pengalaman beli-belah yang mudah dan lancar dibawakan oleh rakan kongsi ABFGR 2027 termasuk ATOME, Media Prima dan Blackmores.
Tapestry by ABGR: Singgah Raya bawa vibe berbeza
Pengasas Bersama ABGR PLT, Nadiyah Shahab ada buat pengumuman istimewa tentang satu model acara serba baharu iaitu Tapestry by ABGR: Singgah Raya.
Acara yang membawakan konsep berbeza ini akan diadakan di The Arch Galeries pada 26 hingga 28 Februari 2027.
Tapestry ini bakal menampilkan tiga konsep unik untuk korang explore iaitu Premium, Pasar Lambak (Flea Market) serta Mini AFF.
Buat korang yang mencari kelainan, vibe di sini confirm menjanjikan pengalaman yang dekat di hati pengunjung!
Peluang perniagaan mampu milik untuk vendor
Khas buat peniaga tempatan yang ingin kembangkan perniagaan, Tapestry by ABGR dirangka dengan pakej harga yang jauh lebih mesra poket.
Harga booth bermula serendah RM2,800 untuk Pasar Lambak (Tengah) sehinggalah RM4,000 untuk kategori Premium (Sudut). Bagi booth makanan dan minuman di Mini AFF pula, ia berharga RM3,000 (Tengah) dan RM3,500 (Sudut).
Jangan lupa ikuti media sosial rasmi pihak penganjur di Instagram dan TikTok untuk dapatkan update terkini serta kejutan menarik tahun hadapan!