Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang suami apabila mengetahui isterinya berlaku curang dan tergamak meniduri lelaki lain.
Baru-baru ini, seorang individu menceritakan semula kisah rumah tangga rakannya yang dilandai badai dek orang ketiga.
‘Bini aku ada dengan jantan lain atas katil bro..’
Menerusi perkongsian di Facebook, Tuan Amir Danau menceritakan rakannya itu berkahwin pada usia yang muda namun mereka belum dikurniakan rezeki. Individu ini akui, rakannya itu seorang suami yang bertanggungjawab memandangkan dia sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik buat isterinya itu. Namun siapa sangka, usaha pengorbanan dan kepercayaan disia-siakan si isteri.
Hari tu aku ada kena pergi outstation. Sepatutnya kena ke Langkawi urusan kerja. 7 hari aku kena pergi. Pagi tu bini aku siap-siapkan aku, siapkan barang-barang aku untuk aku ke outstation.
Dah siap tu, aku peluk bini aku ni erat-erat. Aku pesan, jaga diri. Sayu je muka isteri aku masa tu. Lepas salam-salam, aku pun keluar rumah.
Selepas 20 minit ketika dalam perjalanan menuju ke Kedah, lelaki ini menyedari beg kerjanya tertinggal di rumah. Disebabkan itu, dia telah pulang semula ke rumah dan ketika itu, dia melihat isterinya sedang bermesra bersama seorang lelaki di atas katil.
Aku buka pintu, nampak bini aku ada dengan jantan lain atas katil bro. Tengah sedap bermesra. Berpeluk-peluk bagai. Macam nak pecah jantung aku masa tu. Aku bagi salam, aku capai beg lepas tu aku bagi sepatah dua kata.
Aku cakap ke dia, aku tak akan ceraikan dia dekat dalam rumah yang penuh cerita bahagia sepanjang aku hidup dengan dia ni. Aku capai beg aku, aku terus keluar pergi kerja.
Lelaki itu akui hatinya hancur namun akhirnya nekad menceraikan isteri dengan talak satu menerusi WhatsApp.
Aku harap dia bahagia dengan lelaki tu. Lelaki yang berjaya buat isteri aku berani tipu aku sampai boleh buat maksiat atas katil aku. Aku tak mengamuk, aku tak hina pun dia, aku lepaskan dia dengan cukup terhormat. Pergilah dia bina bahagia dengan jantan tu.
Meskipun perit untuk ditelan, tetapi lelaki itu menerima ujian dan takdir yang telah ditetapkannya dengan hati terbuka.
Sumber: Tuan Amir Danau