berita

Buka Seluar & Kencing Di Muka Peminat, Kumpulan Rock ‘Brass Against’ Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka – ‘Dia Terbawa-Bawa & Kami Tak Jangka’

November 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Kumpulan rock, Brass Against membuat permohonan maaf secara terbuka selepas penyanyi utamanya kencing di muka peminat pada festival di Daytona Beach, minggu lalu.

Menerusi sebuah video viral, Sophia Urista kelihatan menurunkan seluarnya di atas pentas dan membuang air kecil ke muka peminatnya di pertengahan persembahan.

Bukan aksi yang dirancang

Menerusi laporan The Sun, kumpulan tersebut telah melakukan permohonan maaf secara terbuka buat semua pihak. Ujar kumpulan tersebut, semua yang berlaku tidak dirancang.

Kami berseronok malam tadi di Welcome to Rockville. Sophia terbawa-bawa. Itu bukan sesuatu yang kami jangkakan dan ia bukan sesuatu anda akan lihat lagi pada persembahan kami.

Ketika persembahan, Urista dilihat memanggil seorang penonton dan meminta penonton tersebut meletakkan sebuah tin kosong di dahi. Dia kemudian melakukan aksi jijik itu di atas pentas. Kelakuan tidak senonoh itu ternyata mengundang pelbagai reaksi negatif daripada peminat. Segelintir netizen juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan berkenaan.

Sumber: The Sun

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×