berita

Buka Tudung Selepas 3 Tahun Berhijab, Fathia Latiff Dedahkan Sebenarnya…

April 25th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas, pelakon Fathia Latif telah menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik gambar berambut pendek di Instagram. Malah, dia juga dilihat memadam kesemua gambar kecuali foto terbaru tersebut.

Dan akhirnya pertanyaan itu terjawab apabila Fathia sendiri mengesahkan dirinya kini selesa tidak berhijab. Menerusi laporan mStar Online, Fathia berkata tindakannya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Tak mahu tipu diri sendiri

Tampil buat kali pertama tanpa hijab di pertunjukan fesyen semalam, Fathia berkata tidak mahu menjadi hipokrit. Malah, tindakannya bertudung selama tiga tahun ini sekadar ‘terpaksa’.

Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri.

Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung.

Selain itu, Fathia berasakan dirinya tidak ikhlas dan imej terbaru ini adalah dirinya yang sebenar.

Padam semua gambar berhijab

Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kala.

Saya tidak mahu lagi berselindung malah bagi saya apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tidak takut pada sesiapa.

Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri saya dan alhamdulillah semua dah terjawab. Saya tetap dengan pendirian saya.

Bukan niat saya untuk mencetuskan kontroversi apabila memadam kesemua gambar saya yang berhijab sebelum ini.

Kata Fathia kepada Harian Metro, dia bertudung sebelum ini bukan atas kerelaan hati tetapi hanya mahu membuktikan sesuatu kepada seseorang.

Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab.

Bagaimanapun saya sedar yang saya tidak boleh menipu atau mengongkong diri saya.

Jadi saya ambil keputusan untuk kembali kepada diri yang asal. Saya sudah tidak boleh bertahan lagi.

Fathia menjelaskan lagi, ini adalah hidupnya dan dia berhak mengatur hidup tanpa perlu dihukum orang lain.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×