berita

‘Bukan Buat Benda Haram Pun, Saya Masih Tahu Batas Sebagai Seorang Muslim’ – Baby Shima

July 7th, 2022 | by Iera Zahirah
Isu & Kontroversi

Penyanyi dangdut Baby Shima mendapat kecaman daripada netizen gara-gara  dia memuat naik video dirinya sedang menari bersama seekor anjing yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam serta ‘lapar’ perhatian.

Artikel berkaitan : Kongsi Video Bersama Anjing, Netizen Syak Baby Shima ‘Lapar’ Perhatian – ‘Saja Minta Kena Kecam Ke?’

Nafi persenda agama

Menurut pemilik nama sebenar Nur Ashima Ramli, dia menafikan dakwaan netizen yang menyifatkan dirinya seperti sengaja mempersenda agama serta ‘lapar’ perhatian sehingga sanggup membuat konten bersama seekor anjing ketika bercuti di Filipina.

Ujarnya lagi, terpulang kepada mana-mana pihak untuk melabelkannya dengan gelaran apa sahaja asalkan dia tidak melanggar batas sebagai seorang wanita Islam.

Terpulanglah apa mereka nak kata. Saya cuma menari bersama anjing, bukan saya buat apa yang haram pun. Dalam video tersebut pun saya tak ada sentuh anjing itu.

Saya masih tahu batas sebagai seorang Muslim. Nak kata saya lapar perhatian ke, sendu sampai tak ada idea atau gila content ke, terpulang kepada pandangan masing-masing.

Tetap buat baik dengan semua haiwan

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelantun lagu Lalai di Instagram (IG), mengatakan bahawa meskipun dirinya dikecam, namun dia tetap akan berbaik dengan semua haiwan.

Buat baik dengan haiwan kena kecam, bagi makan dengan haiwan pun dikecam. Tak kisah lah haiwan tu anjing ke babi ke, kucing ke, kalau dia lapar dan minta makan dengan aku, aku tetap bagi dia makan.

Walaupun korang asyik maki kecam aku, aku tetap akan berbaik dengan semua haiwan.

Sumber : Kosmo, babyshimaofficial

SKIP THIS AD ×