berita

Bukan Calang-Calang! Pengantin Viral Duet Dengan Awie Rupanya Penyanyi

September 20th, 2023 | by Shahira
OB Eksklusif

Benarlah orang kata, majlis perkahwinan merupakan satu momen bahagia yang akan mekar di ingatan sampai bila-bila. Kadangkala, pasangan pengantin sanggup berbelanja lebih hanya untuk memastikan hari bahagia mereka berlangsung seperti yang diimpikan.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan pengantin lelaki berduet bersama penyanyi rock tanah air, Awie di majlis perkahwinannya sendiri.

Pengantin duet dengan Dato’ Awie

Ketika ditemu bual OhBulan!, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Zaidi Hassan berkata, dia tidak menjangkakan video persembahannya bersama Dato’ Awie mendapat lebih daripada 1 juta tontonan di TikTok. Tambahnya lagi, persembahan tersebut berlaku secara spontan dan tanpa dirancang sama sekali.

Kalau ikutkan, saya akan buat persembahan untuk isteri saya, Myra Muzaffar selepas persembahan penyanyi undangan, Dato’ Awie. Tapi saya tiba-tiba dipanggil oleh Dato’ Awie naik ke atas pentas. Saya tak tahu lanagsung yang Dato’ Awie sudi ajak saya nyanyi last chorus lagu Ratuku.

Apabila ditanya mengenai reaksinya tentang komen-komen netizen yang memuji kelunakan suara dan bakatnya ketika berduet bersama Dato’ Awie, Zaidi akui terharu atas respon positif tersebut.

Saya langsung tak terfikir video itu akan tular, saya rasa macam tak percaya dan agak terkejut. Saya harapkan karier saya dalam bidang nyanyian dapat perhatian ramai.

Sekadar info, Zaidi merupakan pernah berkhidmat sebagai penyanyi kebudayaan di sebuah agensi kerajaan selama lima tahun. Selepas berhenti, Zaidi kini meneruskan kariernya sebagai penyanyi di majlis perkahwinan, majlis korporat dan sebagainya.

Video

@myramuzaffar_ ?? @Zaidi Hassan & @awieofficial ? original sound – myramuzaffar ?

Sumber: Myra Muzaffar

SKIP THIS AD ×