Penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang diterima oleh pelakon legenda tanah air, Eman Manan mendapat sambutan baik khususnya rakan seperjuangannya, Nam Ron.

Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Ucap Tahniah Kepada Eman Manan Atas Gelaran Datuk – ‘Ini Baru Betul Selayaknya Dapat’

Artikel Berkaitan: Eman Manan Bergelar Datuk, Dianugerah Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu

Gelaran Datuk

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Shahili Abdan, 57, berkata Eman sememangnya tidak mengejar untuk mendapatkan gelaran tersebut.

Bagaimanapun, melihat kepada bakti dan hasil kerja yang dicurahkan sepanjang penglibatannya dalam industri Eman sememangnya layak menerima pengiktirafan tersebut sebagai penghargaan atas segala sumbangannya.

Saya tahu bukan gelaran yang dia dambakan tapi anugerah ni adalah sebagai bukti baktinya kepada seni dan negara dihargai.

Anugerah yang tidak salah pada tempatnya. Tahniah kekanda ku Dato Eman Manan.

Perkongsian itu kemudiannya dihujani dengan ucapan tahniah terhadap aktor tersebut.

Melihat kepada hasil kerja serta pelbagai anugerah yang diraihnya, netizen berpendapat bahawa Eman sememangnya layak menerima gelaran itu.

Sebelum ini, media melaporkan Eman Manan atau nama sebenarnya, Abdul Manan Embong antara penerima darjah kebesaran negeri yang mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni serta industri lakonan tanah air.

Sumber: Threads