berita

‘Bukan Isu Besar Pun’ – Elfira Jawab Kecaman Tak Pandai Siang Ikan

May 24th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pelakon kecil molek, Elfira Loy antara artis yang gemar berkongsi aktiviti hariannya di media sosial. Malah, turut viral sebuah video di IG Story pelakon ini menyaksikan suaminya, Faris Khairol membantu memasak di dapur.

Video Faris menyiang ikan dengan kapsyen Elfira ‘I don’t know how to siang ikan‘ telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen. Sebaliknya, pelakon itu menyifatkan perkara tersebut bukanlah sesuatu hal yang perlu diperbesarkan.

‘I don’t know how to siang ikan’

Bagaimanapun, Elfira Loy menyifatkan perkara sebegitu tidak perlu diperbesarkan dan meminta bantuan suaminya memasak di dapur bukanlah sesuatu masalah.

Itu bukan isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka jika anda tidak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya. Kalau hari itu saya tidak tahu, tiba-tiba hari ini saya tahu, anda ingat mereka nak ambil kisah?

Lebih baik saya tidak berdebat apa melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab ianya akan merosakkan minda dan perangai kita.

Saya cuma kata tidak tahu

Sementara itu, Elfira turut menjelaskan kepada netizen yang bertanyakan soalan di IG Story mengenai kemahirannya menyiang ikan. Kerja siang ikan selalunya dilakukan pekerja di kedai sewaktu membeli ikan.

Saya tidak cakap yang saya tidak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tidak pernah tahu. Selalunya kedai yang siangkan. Kenapa ada beza ke kedai siang dengan kita siang? Kejap lagi nak cuba gorenglah ada beza ke tak. Tak pandai jaga mulut tu ada beza.

Sumber: Elfira Loy

SKIP THIS AD ×