berita

Bukan Janji Kosong, Iktikad Menjaga Keluarga Malaysia Dibuat Dengan Perancangan Yang Teliti

December 10th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Bagi menentukan hala tuju kerajaan untuk mencapai matlamat agar kehidupan yang lebih baik dalam kalangan Keluarga Malaysia, kita memerlukan Laporan pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aspirasi pentadbiran yang direncanakan kerajaan bukan janji kosong namun ia adalah usaha bersepadu dilaksanakan secara cekal.

Kerajaan sedar akan keperluan untuk bekerja bersama rakyat

Kredit foto: Eizairi Shamsudin/ Harian Metro

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak kerajaan sedar akan kepentingan dan keperluan mereka untuk bekerja bersama-sama dengan rakyat untuk memulihkan isu kesihatan dan ekonomi.

Iktikad menjaga Keluarga Malaysia dibuat dengan setiap setiap perancangan berpaksikan kesejahteraan rakyat supaya terpelihara seperti sebuah keluarga!

Prestasi keseluruhan 100 hari Jemaah Menteri belum menepati sasaran 100 peratus seperti yang dihasratkan

Ahli jemaah menteri ketika ini telah pun mencapai sekitar 90 peratus daripada prestasi keseluruhan. Manakala selebihnya tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata.

“Peratusan yang dicapai pula bukan untuk mendabik dada sebaliknya untuk menyunting kesungguhan dan iltizam untuk pihak kerajaan terus bekerja bersama rakyat” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian 100 Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Yayasan Keluarga Malaysia turut memberi sumbangan di dalam majlis tersebut

Lapan penerima yang terkesan kerana kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 dan kemalangan jalan raya turut menerima sumbangan daripada Yayasan Keluarga Malaysia yang disampaikan sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga turut meluangkan masa untuk melawat pameran kementerian, agensi dan syarikat swasta selain beramah mesra dengan pengunjung.

Perdana Menteri juga mengumumkan sebanyak 24,300 peluang pekerjaan membabitkan 75 majikan ditawarkan melalui Karnival Kerjaya di program Aspirasi 100 Hari sepanjang empat hari ini.

“Pembabitan Keluarga Malaysia dalam menilai setiap Jemaah Menteri dan kementerian amat dihargai.”

Seramai 190,914 ahli Keluarga Malaysia terbabit dalam tinjauan soal selidik oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan Malaysia (Mampu) untuk menilai pencapaian Jemaah Menteri dan kementerian.

Soal selidik tersebut merangkumi penilaian kepemimpinan, integriti, komunikasi, kebolehpercayaan, responsif dan empati setiap Jemaah Menteri dan kementerian.

Ini merupakan pertama kali penilaian 360 darjah dilaksanakan untuk menilai kerajaan!

” Masih terdapat ruang yang perlu diberikan perhatian serius dan ditambah baik. Namun, secara kolektif, kita bergerak mengharungi dan menerjah rintangan dalam memacu negara ke hadapan bersandarkan semangat Keluarga Malaysia sejati,” katanya.

SKIP THIS AD ×