berita

Bukan Kacau Sampai Menangis – Awal Ashaari

June 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Awal Ashaari

Nampaknya trend memuat naik video menerusi laman Keek sememangnya menjadi pilihan buat selebriti-selebriti tempatan untuk berkongsi momen-momen indah bersama peminat mereka.

Terbaru, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Awal Ashaari telah memuat naik dua buah video di laman Keek-nya, dimana melalui video tersebut, Awal dilihat sengaja membuat suara sengau ketika ingin membuat pesanan di laluan pandu lalu.

Berkongsi lebih lanjut mengenai tindakan nakalnya itu, Awal akui dia sering melakukan gurauan sebegitu dan baginya perkara tersebut adalah salah satu cara yang terbaik untuk dia menceriakan hari seseorang.

“Saya memang selalu buat benda macam itu. Suka kacau mereka (krew pandu lalu), lagipun bukan kacau sampai buat orang menangis.

Saya faham orang yang bekerja macam itu kadang-kadang tertekan. Iya-lah mereka kena berdiri, lepas itu buat kerja multi tasking (ambil pesanan dan bayaran), jadi dengan buat perkara-perkara kecil macam itu kita boleh buat mereka gembira.

Tentulah masa kita cakap mereka macam susah nak layan, tapi bila nampak sahaja muka saya, reaksi mereka terus berubah. Macam-macam reaksi saya tengok ada yang terduduk, menyorok dan ada juga yang gelak sampai menangis. Ada pernah sekali itu, semua krew keluar dan pergi dekat kereta saya sebab nak ambil gambar,” ujar Awal ketika bertemu di sesi ramah mesra bersama Samsung S4 petang semalam.

Awal Ashaari

Gelagat Awal di laluan pandu lalu

Memandangkan tindakannya membuat suara sengau itu seolah-olah ingin mempersendakan kekurangan orang lain, bagi Awal sendiri ia terpulang pada hak individu untuk menilainya, sama ada daripada sudut negatif mahupun positif.

Mungkin ada yang tak suka saya buat macam itu dan cakap saya mempersendakan orang lain, tapi bagi saya jika orang yang tengok video tersebut pandang dan ambil perkara itu daripada sudut yang positif, jadi dia akan fikir saya buat perkara itu sebab nak ceria dan gembirakan orang lain.

Bukan salah pun. Orang yang kena pun tak marah.

Untuk pengetahuan, Awal merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dipilih sebagai jurucakap bagi mempromosikan telefon Samsung model terbaru, Samsung S4.

Bagi peminat yang masih belum melihat video Keek ‘nakal’ Awal, apa kata anda tonton dua buah video tersebut selepas ini.

Kredit Video : Keek Awal Ashaari

SKIP THIS AD ×