Kemunculan model antarabangsa Naomi Campbell menerusi pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week berjaya mencuri tumpuan netizen dan pengunjung yang hadir.
Artikel Berkaitan: Rizman Ruzaini Tak ‘Berlawan’ Dengan Tudung Lain – ‘Jenama Kami Ada Pengikut Sangat Kuat’
Artikel Berkaitan: ‘Tumpu Kepada Semua Golongan’ – Rizman Ruzaini Lancar 100 Koleksi Raya Mampu Milik!
Artikel Berkaitan: Rizman Ruzaini Kukuhkan Jenama Dengan Ikon RR Empire – ‘Mahu Bantu Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Tanpa Perlu Modal’
Mimpi jadi kenyataan
Menerusi acara fesyen tersebut, Rizman Ruzaini dilihat berjaya membawa beberapa orang selebriti tanah air untuk memperagakan baju mereka di pentas peragaan tersebut. Bertemakan ‘Spring Summer 2024’, Rizman Ruzaini turut membuat kejutan apabila menampilkan supermodel terhebat dunia, Naomi Campbell di acara berprestij tersebut.
Ujar Rizman Ruzaini, penampilan Naomi seolah mimpi menjadi kenyataan buat diri mereka berdua. Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen meluahkan rasa bangga melihat kejayaan yang dikecapi pereka fesyen tempatan ini. Bukan sahaja berjaya bawa nama Malaysia ke mata dunia, Rizman Ruzaini juga mampu bekerjasama dengan Naomi.
Sumber: Rizman Ruzaini