berita

‘Bukan Level Saya Nak Layan…’ – Adam Shahz Tak Terasa Hati Video Sindiran Suami Fatin Afeefa

February 26th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang ada memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan satu ‘quote’ (petikan) yang diletakkan di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Dalam hantaran itu, Aliff membaca petikan itu sambil kamera difokuskan kepada Adam yang sedang ralit menggunakan telefon bimbit di kawasan menunggu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Gunakan Akal Seolah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya’ – Suami Fatin Afeefa Tuju Dekat Adam Shahz?

Berikutan daripada itu, Adam berkata dia hanya menyedari perkara tersebut selepas pulang dari mahkamah dan tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang video itu kerana dia tidak terasa hati.

Tiada isu pun

Jujur saya katakan, pada awalnya saya langsung tak tahu mengenai video yang kononnya dia perli saya itu, sehingga saya keluar daripada kawasan Mahkamah. Selepas keluar kawasan Mahkamah, telefon saya terima banyak notifikasi dan saya pun berhenti tepi jalan, buka telefon baru saya tahu tentang kewujudan video tu.

Pada saya tiada isu pun mengenai video tersebut. Sebab saya langsung tiada terasa hati sekali pun. Walaupun daripada sudut pandangan orang lain yang melihat video itu seakan ditujukan kepada saya, namun saya menganggap itu tiada kena mengena dengan saya.

Ujar Adam, dia tidak mahu memberi perhatian kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah dan hanya mengeruhkan keadaan sekiranya dia mengambil tindakan.

Kalau saya layan apa beza level saya dengan dia? Sebab bukan level saya nak layan perkara-perkara sebegitu. Saya lebih matang dan bersikap profesional. Andai kata saya ambil sebarang tindakan untuk balas apa yang dia buat, ia akan menjadikan isu ni lebih rumit. Saya pula memang langsung tak pernah jumpa atau berkomunikasi dengan dia.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×