
Pelakon versatil, Fasha Sandha tampil mempertahankan pengacara Raja Azura yang menggalas tugas sebagai hos bagi program nyanyian Kilauan Emas Selebriti.
Artikel Berkaitan: Anak Pertahan Raja Azura, Didakwa Diperlekeh Hanya Miliki SPM – ‘Mama Berjaya Didik Saya & Abang- Abang Menjadi Manusia Berpendidikan Tinggi’
Fasha pertahankan Kak Engku
Menerusi hantaran di Threads, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hasssan, 42, menyifatkan Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku sebagai pengacara yang mempunyai berpengalaman luas dalam mengendalikan rancangan hiburan.
Menurut Fasha, sebagai penonton rancangan tersebut, dia berpuas hati dengan gaya pengacaraan Raja Azura yang bersahaja.
Saya berada di Kilauan Emas Selebriti. Sebagai penonton, jujur cakap rancangan tu best sangat.
Semalam rasanya ada orang persoal pasal Kak Engku dan Kak Maria. Jujur cakap, ini adalah hiburan. Cuma penerimaan kita bagaimana? Kalau jenis yang nak cari salah je, memang jumpalah.
Cuba hiburkan hati, kak Engku tu bukan sekali dua jadi pengacara. Dia legend.
Bukan mudah nak mengacara secara langsung. Pada saya, dia memang hebat. Maria pula adalah penyeri rancangan, sama macam Odda dan Cik B, penyeri.
Meskipun pelbagai komen yang dilemparkan, Fasha berkata, dia tetap terhibur sepanjang menonton rancangan itu.
Untuk program ini kami bagi lima bintang.
Percayalah, habis sahaja rancangan ini, peserta-peserta ini akan menjadi lebih besar, banyak peluang pekerjaan dan persembahan (hiburan, makan malam atau perkahwinan) membuka ruang juga untuk mereka teruskan berkarya. Tahniah semua yang terlibat.
Terdahulu, Raja Azura menerima pelbagai komen daripada warganet selepas didakwa kurang serasi ketika digandingkan bersama hos, Keanu Azman dalam program nyanyian tersebut.
Sumber: Threads