berita

‘Bukan Nak Berlagak Tapi Tolong Common Sense Sikit 6 Pagi Nak Selfie’ – Nabila Huda

April 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan pengacara Nabila Huda menegur sikap segelintir individu yang tiada ‘common sense’ apabila meminta untuk berswafoto (selfie) pada awal pagi.

Artikel Berkaitan: Ingin Luang Masa Bersama Keluarga Mentua, Nabila Huda Tolak Ajakan ‘Selfie’ – ‘Ini Adalah Percutian Ketiga Kami Bersama Lepas 6 Tahun Berkahwin’

Bukan nak berlagak

Menerusi Intagram Stories, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia jauh sekali untuk sombong tetapi seawal 6 pagi sangat tidak masuk akal.

Aktres berumur 38 tahun ini memohon ruang untuk dia menikmati suasana tanpa gangguan.

Bukan nak berlagak tapi tolong common sense sikit. 6 pagi nak selfie sangat awal untuk saya. Saya baru bangun dengan muka tak mandi.

Dengan berpeluh, muka comot. Tolong kasi peluang untuk saya ‘me time’ nak enjoy pagi saya di sini. Jangan risau, saya bukan seorang yang sombong.

Tak akan kena kerja 24 jam

Dalam pada itu, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi tidak menolak sekiranya ada peminat yang datang ajak bergambar dan berborak di waktu bersesuaian.

Berharap orang ramai faham situasinya, hos program Melodi ini memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan teguran tersebut.

Sumber: Instagram @kupu_kupu

SKIP THIS AD ×