berita

‘Bukan Nak Cantik, Aku Tua Dah’ – Aishah Bengang Sherry ‘Kondem’ Buat Pembedahan Bariatrik

December 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Aishah meluahkan rasa bengang apabila pengacara, Sherry Alhadad ‘kondem’ mengenai tindakannya dan segelintir pihak yang melakukan pembedahan bariatrik. Menurut Aishah, perkataan ‘jalan mudah’ yang digunakan oleh Sherry membuatkan dirinya berasa terluka.

Ini jalan terakhir

Salam. Saya terpanggil buat video ni. Tak sedap la bila ada orang kondem pembedahan bariatrik. Satu fakta yang kau sebut buat kami semua terluka adalah jalan mudah. Bila buat bariatrik ni merupakan jalan terakhir. Ada di antara kami yang mempunyai masalah kesihatan. Jadi you jangan pukul rata. Kami buat sebab medical reason bukan kosmetik. Korang tak tahu mungkin artis ada penyakit hernia dan gastrik. Jangan ingat buat ni saja-saja.

Ujar Aishah, dia tidak kisah sekiranya mana-mana individu mahu menjual produk bagi tujuan kurus. Namun, mereka janganlah memperlekeh keputusan orang lain yang telah menjalani pembedahan bariatrik. Tambah pelantun suara ‘Janji Manismu’ itu, dia sudah berusaha dan mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan. Ternyata, kesemuanya tiada hasil.

Risiko dia sama dengan pembedahan lain. Jangan ingat i tak takut. Bila kita dah fighting mengenai berat badan. Saya dah try semua. Dia turun sikit kemudian naik balik. Pernah dalam tempoh sebulan berat saya tak turun pun walaupun 1 kilogram. Rasa dah putus asa. Lutut saya sakit. Saya jalan dekat Eropah pun sakit. Sakit tu minta ampun tak boleh bawa bincang. Gula semua dah tak betul dan kolestrol tinggi tu dah berapa kali kena remove.

Mengulas lebih lanjut, Aishah berkata dia tidak mahu menyusahkan anak-anak sekiranya jatuh sakit. Oleh itu, dia mengambil langkah untuk membuat pembedahan bariatrik.

Bukan nak cantik, aku tua dah.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Terdahulu, Sherry memuat naik sebuah video yang mengatakan dia tidak membuat pembedahan bariatrik. Tambahnya, berat badannya turun disebabkan mengamalkan sebuah produk.

Sumber: Aishah 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×