berita

‘Bukan Rotan Kuat Pun, Bukan Macam Rotan Dalam Penjara’ – Tan Sri Musa Hassan

April 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Viral sebuah rakaman video tindakan seorang polis merotan beberapa remaja yang didakwa ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tindakan polis itu bagaimanapun menerima respon ramai dan ada sebahagian menganggap agak keterlaluan.

Bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan menyifatkan perkara itu adalah wajar dalam situasi negara berdepan dengan wabak Covid-19 ini.

Tindakan sebat juga boleh dikenakan

Memetik laporan BH Online, Tan Sri Musa Hassan menganggap tindakan polis dari Kunak, Sabah itu sebagai peringatan tegas kepada mana-mana individu yang tidak ingkar arahan pihak berkuasa. Tambahnya lagi, tindakan demikian bukannya untuk mencederakan.

Kerajaan sudah beri amaran akan mengambil tindakan tegas. Rakyat perlu akur dengan sebarang keputusan diambil pihak berkuasa.

Tindakan sebat juga boleh dikenakan terhadap individu terutama remaja yang masih degil. Polis bukan rotan kuat pun, bukan macam rotan dalam penjara.

Lebih baik beri pengajaran tegas

Malah, ada segelintir masyarakat yang kurang setuju dengan tindakan merotan oleh pihak polis itu. Tan Sri Musa Hassan menyifatkan masyarakat perlu mengambil berat mengenai perkara ini. Penularan wabak ini bukan hanya boleh diambil mudah.

Lebih baik kita memberi peringatan tegas daripada tangkap mereka. Kalau boleh kita mahu elakkan remaja ini menyusahkan ibu bapa mereka.

Nanti penjaga pula perlu pergi balai polis seterusnya naik turun mahkamah untuk menyelesaikan permasalahan timbul.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×