
Perkongsian terbaharu pelakon, Elfira Loy tentang pemergian ibunya, Filzah Yusoff di media sosial menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Ibu Elfira Loy Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: ‘Mohon Doakan Ibu Saya Yang Sedang Menjalani Prosedur Berisiko Tinggi’ – Elfira Loy
Pemergian Mama
Dalam perkongsian penuh emosi, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, mengakui pemergian ibunya seakan-akan membuatnya kehilangan segala-galanya kerana arwah merupakan individu yang paling rapat dalam hidupnya.
Tak tahu nak cakap macam mana mama. Kakak bukan sahaja kehilangan seorang ibu, kakak kehilangan teman baik, seorang yang mengurus kerja kakak, stylist kakak, penasihat kakak, penjaga kakak dan yang paling penting satu-satunya orang yang faham kakak. Satu satunya, mama.
Siapa lagi yang boleh faham kakak yang suka pendam dan tak bercakap ni selain mama?
Mengimbau kembali detik ketika ibunya jatuh sakit, Elfira menyifatkan waktu tersebut sebagai antara momen yang cukup bermakna kerana masih berpeluang berada di sisi arwah.
Jelas Elfira, walaupun sudah tidak dapat berbual seperti selalu, Elfira dan adik-beradiknya tetap menemani ibunya dengan membaca surah Yasin di sisinya.
Allah memang sayang mama. Allah tahu mama sayang kami dan nak kami senang, Allah tak tarik nyawa mama terus.
Allah beri kami peluang praktis hari-hari melawat mama dekat hospital tanpa boleh berborak dengan mama, hanya berbekalkan bacaan Yasin menjadi perbualan kita.
Dan sekarang, adakah itu yang akan menjadi perbualan terakhir kita?
Elfira turut percaya pemergian ibunya adalah pengakhiran terbaik yang sudah ditentukan.
Aktres itu juga berjanji akan meneruskan kehidupan dengan mengamalkan segala yang telah diajarkan oleh arwah sepanjang hayatnya.
Mama pergi dengan cinta. Mama pergi dalam doa.
Mama pergi setelah ramai datang menziarahi. Kamu disayangi.
Kakak akan terus hidup dengan cinta yang mama ajarkan, dengan doa yang mama tinggalkan dan dengan Allah yang Mama cintai sepenuh hati.
Sebelum ini, Elfira berkongsi ibunya meninggal dunia pada pagi Ahad menerusi hantaran di Instagram Stories.
Sumber: Instagram





![[VIDEO] Tiara Jacquelina Serba Salah Terhadap 22,000 Peminat Yang Tidak Berpeluang Beli Tiket PGLM](https://asset.ohbulan.com/2026/10/tiara.jpg)


