Kai Deva membuktikan bahawa status naib juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bukan alasan untuk mendongak langit, sebaliknya dia terus menghargai asal usulnya yang bermula dari kaki lima sebagai penyanyi jalanan.

Artikel Berkaitan: Kai Deva Bersyukur Duduki Tempat Kedua, Rancang Bawa Ibu Tunai Umrah

Artikel Berkaitan: CSOIAM: ‘Anak Saya Semakin Hari Semakin Besar, Saya Kena Rancang Kerjaya Sebaik Yang Mungkin’ – Kai Deva

Mengubati rindu

Ketika ditemui OhBulan!, Kai Deva atau nama sebenarnya, Firdaus Deva, 25, menjelaskan apabila dia mempunyai masa lapang, masih melakukan busking kira-kira sebulan sekali untuk mengubat rindu terhadap pekerjaan asalnya dahulu.

Sebenarnya, saya sudah jarang busking.

Tetapi bila ramai yang cakap rindu nak tengok saya, saya buat juga dan tidak kisah apa orang nak cakap.

Ramai yang tanya saya bila buat live di media sosial, kenapa saya masih busking selepas program CSOIAM.

Tapi saya beritahu sudah jarang busking dan saya juga minta kebenaran dari label terlebih dulu.

Kai berkata demikian ketika ditemui semasa acara sesi minum petang bersama Marygrace & Kai Deva yang berlangsung di Pavillion Damansara Heights, pada Rabu lalu.

‘Downgrade’?

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Mengejar Bintang itu menafikan dakwaan bahawa dirinya sudah downgrade atau ketandusan tawaran kerja apabila kembali mengadakan persembahan busking.

Saya tak rasa saya kembali busking itu satu downgrade kerana saya dapat sertai uji bakat CSOIAM pun bermula dari busking.

Saya tidak pernah ke kelas vokal dan menyertai mana-mana studio rakaman pun sebelum ini.

Saya busking pun bila ada masa lapang sahaja.