![]()
Kalau korang follow Instagram Syatilla Melvin, mesti korang tahu yang dia sekarang ini berada di kota London. Seronok tengok kongsian post Tilla kat sana, khususnya gambar-gambar gelagatnya bersama putera sulung, Syerivsamheizy.
Menerusi Instagram Tilla juga, kita tahu yang Shaheizy Sam tidak turut serta bersama keluarganya ke sana. Ramai yang menganggap ketidakhadiran Sam ada kena-mengena dengan status muflis pelakon tersebut. Iya ke?
Tuntutan kerja
![]()
Beberapa bulan lepas, LHDN telah mengeluarkan notis muflis kepada Sam ekoran kegagalannya membayar cukai pendapatan. Bagaimanapun Sam akhirnya bersuara dan menjelaskan tuntutan kerja menjadi punca dia tidak dapat menyertai keluarga ke London.
Bukan sebab muflis seperti yang difikirkan oleh orang ramai.
Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi.
Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini. Jadi saya harus mempersiapkan diri.
Haaa… moga dengan penjelasan ini korang tak buat lagi spekulasi yang bukan-bukan ye. Jom ushar sikit gambar percutian baby Syeriv. Tinggal daddy ye!
![]()
![]()
![]()
Sumber: Malay Mail Online





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)