berita

Bukan Sekadar Anugerah, DFKL 2019 Tampil Penuh Kelainan & Padat Program Menarik Yang Korang Boleh Sertai!

February 20th, 2019 | by Ai
Shout Out!

DFKL 2019

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kembali lagi! Bertemakan ‘Positif Selalu’, DFKL kali ini telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya dengan mengekalkan objektif utama untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada anak-anak muda menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri drama.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya DFKL 2019 akan menyediakan sesi uji bakat, siri jelajah, sesi kongsi idea, pertandingan drama pendek dan undian atas talian dan seterusnya acara kemuncak akan diadakan Malam Anugerah DFKL 2019 bagi mengumumkan pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan.

Duta DFKL 2019

DFKL 2019

Pada tahun ini, Izzue Islam dan Janna Nick telah dipilih sebagai duta. Memiliki bakat lakonan mahupun nyanyian, kedua-dua duta ini dapat dijadikan sebagai ‘ikon’ kepada peserta lain yang ingin mengasah bakat dalam dunia lakonan menerusi DFKL.

Ada pembaharuan pada tahun ini

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (TV3 & TV9), Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Siti Nurlisia Mohd Nazri, DFKL 2019 akan mengetengahkan beberapa pembaharuan.

DFKL 2019 mengetengahkan beberapa pembaharuan dalam memartabatkan dunia seni lakonan tanah air. Antaranya, adalah pembaharuan pada bengkel DFKL yang kini hanya terbuka untuk 10-20 orang peserta uji bakat siri jelajah DFKL 2019.

Dengan memfokuskan kumpulan kepada kumpulan kecil ini, kami boleh terapkan lebih banyak ilmu secara lebih dekat. Selain itu, melalui bengkel ini juga, bakat-bakat baharu ini juga akan disaring berdasarkan komitmen, disiplin, bakat, keyakinan, dan minat mereka untuk peringkat yang seterusnya.

Selain itu, menerusi DFKL 2019 ini juga telah memperkenalkan tema ‘Realiti Dunia Media Sosial’ yang dijadikan sebagai tunjang sesi kongsi idea dan pertandingan drama pendek.

Kami juga memperkenalkan tema ‘Realiti Dunia Media Sosial’ sebagai tunjang sesi kongsi idea DFKL 2019 dan juga pertandingan drama pendek. Tema ini bertepatan dengan situasi alam digital kita yang tidak jauh dari kecam mengecam antara satu individu ke satu individu.

Oleh itu, tema ini diangkat bersesuaian dengan tema utama DFKL 2019, Positif Selalu. Perubahan lain yang ketara adalah pengenalan kategori Drama Rantaian Bahasa Cina dalam Malam Anugerah DFKL 2019. Kami teruskan kategori ini sejak diperkenalkan pada Anugerah Skrin 2018, tahun lalu kepada DFKL tahun ini demi memartabatkan karya-karya tempatan Bahasa Cina.

Apa yang menariknya DFKL 2019?

DFKL 2019

Anda mesti nak tahu apa yang menariknya DFKL kali ini kan? Untuk pengetahuan anda, enam karya daripada sesi kongsi idea dan pertandingan drama pendek DFKL 2018 telah dijadikan telefilem yang akan disiarkan dalam slot Cerekarama, setiap hari Sabtu jam 9 malam di TV3. Manakala, karya pemenang pertandingan drama pendek DFKL 2018, SMK Kuala Perlis bertajuk Viral Alam Maya juga akan disiarkan pada 23 Februari ini.

Selain daripada siaran drama pendek, DFKL 2019 akan ada Siri Jelajah yang bermula pada 1 Mac 2019 di beberapa institut-institut pengajian tinggi sekitar Lembah Klang. Perjalanan siri jelajah tersebut adalah seperti berikut:

  • 1 Mac 2019 – Management & Science University (MSU), Shah Alam
  • 2 Mac 2019 – University of Malaya (UM), Kuala Lumpur
  • 3 Mac 2019 – University Putra Malaysia (UPM), Sri Kembangan

Bukan itu saja, kru Siri Jelajah DFKL 2019 juga akan bertandang ke Sri Pentas, Bandar Utama (9 – 10 Mac 2019) dan IOI City Mall, Putrajaya (16 – 17 Mac 2019). Pastinya pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di setiap lokasi termasuk  sesi ramah mesra bersama selebriti jemputan, uji bakat lakonan dan sesi kongsi idea (pitching).

Lebih menarik lagi, menerusi Siri Jelajah DFKL 2019 turut disertai oleh barisan pengarah dan penerbit ternama selaku juri dan alhi panel sesi uji bakat dan sesi kongsi seperti Heykal Hanifah, Datuk A. Aida, Along Kamaludin dan Eirma Fatimah. Ashraf Muslim dan Fasha Sandha turut sertai sebagai ahli panel dan juri jemputan.

Bila bengkel DFKL 2019 bermula?

DFKL 2019

Bagi anda yang ingin mengembangkan bakat dalam bidang industri drama, bolehlah mengikuti bengkel DFKL 2019 yang akan berlangsung pada 22, 23, dan 24 Mac 2019 bersama tenaga pengajar hebat seperti Eirma Fatimah, Shahrulezad dan Datuk Rosyam Nor. Anda boleh layari www.dfkl.com.my untuk dapatkan maklumat lajut berkenaan acara-acara DFKL 2019.

SKIP THIS AD ×